KUALA LUMPUR, 18 April - seorang penganggur S. R. Suresh, 35, didenda RM2,000 atau empat bulan penjara setelah mengaku bersalah mendatangkan kecederaan dengan sengaja kepada isterinya dua hari lepas. Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap B. Parameswary, 36, dengan menggunakan cerek elektrik plastik di No.25-4 Apartment Gemilang, Jalan Klang Lama di sini, pukul 1 pagi, 16 April lepas. Berdasarkan fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai pencuci mengalami kecederaan di kepala selepas dipukul lima hingga enam kali menggunakan cerek tersebut. Suresh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun dan denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Joy Jothi Nadrarasan (she) manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Gambar hiasan
|
Pailang posted on 18-4-2014 08:36 PM
kak senduk tu pun PONDAN gak ker BRO ?? sesuai ke ayat bro ni kat ko..?
ADVERTISEMENT