CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pas Akan Bincang Fatwa RIP

21-4-2014 04:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7669| Komen: 59

PAS akan bincang fatwa RIP

PAS akan bermesyuarat pada hari Isnin depan untuk membincangkan kontroversi yang timbul daripada penggunaan perkataan "RIP" atau rest in peace (bersemadi dengan aman) yang amat tidak digalakkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kita akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat biro politik di Kuala Lumpur dan kita akan tetapkan pendirian kita," kata pengarah pusat kajian PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, yang ditemui pada majlis berjaga mendiang Karpal SIngh di Pulau Pinang hari ini.

Keputusan itu kemudiannya akan dipanjangkan kepada kepimpinan pusat parti, kata bekas MP Kuala Selangor itu lagi.

Menurut Dzulkefly, perkara itu adalah sensitif kerana pemergian seorang negarawan seperti Karpal Singh, layak mendapat penghormatan dan pengiktirafan.

Turut bersama Dzulkefly adalah MP Tumpat, Kamaruddin Jaafar yang berkata kini adalah masanya untuk menghormati Karpal dan jasa-jasanya, dan bukan menghamburkan sebarang pendapat atau komen negatif.

Membincangkan ungkapan RIP, fatwa MFK menyebut, amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya ungkapan RIP kepada seorang bukan Islam.

Fatwa itu berkata, RIP adalah ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama mazhab Katolik sejak abad ke-18 dan diukir pada batu nisan masyarakat mereka.

Ia juga, menurutnya, mengandaikan bukan Islam akan mendapat rahmat Tuhan sebagaimana doa asal dalam bahasa Latin, sedangkan seseorang yang mati dalam kekufuran tidak mendapat keampunan dan rahmat Tuhan.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettymanja 18-4-2014 11:28 PM
Dorang nie dh xde keje la tu Uolss.. huhu
Quote damian_lee 18-4-2014 11:29 PM
Ok tunggu cop halal dulu la .. baru nk sebut ... hahahaha
Quote Leonarzi 18-4-2014 11:29 PM
Kecoh la pasal karpal singh ni...
Quote Leonarzi 18-4-2014 11:30 PM
Krisis catuan air kenapa tak bermesyuarat??
Quote munchkin 18-4-2014 11:30 PM
Bincang lah apa nak dibincang
Quote najib888 18-4-2014 11:31 PM
Haiya.. Pasai ni pun nak mesorat ka? R.I.P. Pas..
Quote pakweneelofa 18-4-2014 11:34 PM
pasal rip pun kecoh.....alaaaaaaaaaaaaaahai
Quote tobby 19-4-2014 12:35 AM
Leonarzi posted on 18-4-2014 11:30 PM
Krisis catuan air kenapa tak bermesyuarat??

demi menjaga hati DAP maka RIP bakal dibenarkan.
Quote anishacute 19-4-2014 03:06 AM
RIP untuk PAS juga.. mcm dah wujud dah parti ni ai tgk skrg.. yg menonjol pkr ngan dap je..
Quote Anak_Nogori 19-4-2014 03:11 AM
nak mesorat tu mesorat lah...awat biro politik PAS yg bermesorat....Dewan Ulamak PAS pi mana?..RIP Dewan Ulamak PAS...
Quote kakikuDibibirmu 19-4-2014 03:24 AM
dan bercuti pada sabtu dan ahad
Quote kakikuDibibirmu 19-4-2014 03:26 AM
mungkin sebab catuan air tak ada kena mengena dengan akidah agaknya
Quote ResellerMaxis 19-4-2014 10:46 AM
xpernah dengar plak pas bermesyuarat untuk mh370, masalah air, taraf hidup dan segala bagai masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat pada hari ini..

pas ni nak jadi pemimpin negara ke nak jadi pemimpin jabatan agama islam negara??patut ar sanggup jadi macai dap..yang penting bila dap menang nanti..jabatan agama islam semua bagi pada pas..
Quote oni313 19-4-2014 10:59 AM
time meeting tu jngan lupa jugak kudapan ringkas spt kuih muih dan teh o..
Quote magnus 19-4-2014 11:22 AM
Siriyesly...?
Quote akughi 19-4-2014 11:31 AM
tobby posted on 19-4-2014 12:35 AM
demi menjaga hati DAP maka RIP bakal dibenarkan.

standet la tu bro....sbb dah kene desak ngan ahli, tp nak jaga ati dap...
Quote akughi 19-4-2014 11:34 AM
Anak_Nogori posted on 19-4-2014 03:11 AM
nak mesorat tu mesorat lah...awat biro politik PAS yg bermesorat....Dewan Ulamak PAS pi mana?..RIP D ...

ni lebih nak tunjuk yg dia lebih islam dr org lain...br la disanjung....tak gitu
Quote akughi 19-4-2014 11:36 AM
oni313 posted on 19-4-2014 10:59 AM
time meeting tu jngan lupa jugak kudapan ringkas spt kuih muih dan teh o..

dlm meting nnt akan diagih tin biskut tuk kutip derma minimun 5hengget
Quote kelana36 19-4-2014 12:17 PM
kat benang RIP tu aku tengok dah sampai 14 muka...  masih lagi ragu2 boleh guna ker tak boleh... so apa salah salah nya kalau ada peluang bincangkan dalam mesyuarat... tak rugi kan.. bukan melibatkan wang takyat pun.

lagi pun bukan la mesyuarat khas seperti yg kau orang paham..

"Kita akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat biro politik di Kuala Lumpur dan kita akan tetapkan pendirian kita," kata pengarah pusat kajian PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, yang ditemui pada majlis berjaga mendiang Karpal SIngh di Pulau Pinang hari ini.



    dia orang nak tumpang bincang dalam mesyuarat biro politik yg memang dah dijadualkan tu..

itu yang aku paham la, kalau silap minta maaf banyak2.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.091917 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top