SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan melibatkan negeri ini dibuat olehnya bukan Penasihat Ekonomi, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Abdul Khalid berkata, ia ekoran tugasnya sebagai ketua eksekutif yang bertanggungjawab dalam setiap keputusan. "Ada perkara yang kita bincang. Selepas itu keputusan terletak pada tangan ketua eksekutif. Saya tak boleh kata keputusan itu dibuat oleh penasihat...keputusan dibuat oleh Menteri Besar," katanya pada sidang Dun Selangor, hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan dari Adun Dengkil, Shahrum Mohd Sharif berhubung keperluan jawatan Penasihat Ekonomi ekoram keputusan besar seperti kenaikan gaji Exco dan Adun dilihat tidak merujuk kepada Anwar selaku Penasihat Ekonomi. Mengulas lanjut, Abdul Khalid mengambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh dalam membuat sebarang keputusan. "Dari semasa ke semasa, kita ada buat perbincangan. Perdana Menteri (PM) pun ada buat perbincangan dengan penasihat-penasihat. Tapi keputusan dibuat oleh PM. "Saya boleh jadi terperanjat jika PM kata 'keputusan ini saya buat bersama dengan penasihat'," katanya.
|
Anak_Nogori posted on 18-4-2014 05:46 AM
Abdul Khalid: Saya bukan pak turut Anwar
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
13 April 2014
cikglemer posted on 18-4-2014 07:04 AM
Kenapa pendatang kat negeri Selangor ni menyibuk sgt ni kami rakyat Selangor tulin rasa gembira dudu ...
akughi posted on 18-4-2014 08:55 AM
PR nak jadikan kerajaan selangor sbg kerajaan boneka, tapi penang tak berani pulak....pasai pa, pasa ...
pelukis.plan posted on 18-4-2014 07:57 AM kau ni jgn la sibuk negeri orgkan ada org konon tulin (eja pun salah..betul ke dia ni tulen sela ...
cikglemer posted on 18-4-2014 07:04 AM
Kenapa pendatang kat negeri Selangor ni menyibuk sgt ni kami rakyat Selangor tulin rasa gembira dudu ...
akughi posted on 18-4-2014 08:53 AM
"Mengulas lanjut, Abdul Khalid mengambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh ...
Ah_Kwan posted on 18-4-2014 04:41 PM
Ini baru betul....
Parti bukan memelintah...
Kerajaan Negeri yang dilantik rakyat yang memelintah. ...
ADVERTISEMENT