Nahas Karpal: Pemandu lori positif ujian dadah
Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan MP Bukit Gelugor, Karpal Singh awal pagi ini didapati positif dadah. Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah memberitahu The Starbahawa saringan awal mendapati kesan ganja, tetapi berkata keputusan itu tidak konklusif. "Sampel kedua telah dihantar kepada pakar patologi untuk mengesahkannya. Kenyataan pemandu lori itu telah diambil dan dia telah dibebaskan," katanya dipetik kata. Laporan itu bercanggah dengan laporan Sin Chew yang memetik Ketua Polis Daerah Kampar, Ng Kong Soon bahawa pemandu itu ditahan ekoran ujian air kencing.
|
ADVERTISEMENT