Kesedihan selubungi Hospital Ipoh Air mata dan kesedihan menyelubungi suasana di Jabatan Forensik Hospital Besar Ipoh , tempat bedah siasat untuk mayat anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dijalankan kira-kira 7.30 pagi tadi.
Mayat Karpal akan dibawa balik ke rumah keluarganya di Pulau Pinang dan mendiang dijangka disemadikan pada pagi Ahad ini. Tiba bersama mayat Karpal dan Michael Cornelius, pembantunya yang turut terkorban, anaknya Gobind Singh, dalam pakaian biru kelihatan lemah. Gobind, yang kebetulan baru didaftar keluar dari Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini, bagaimanapun tenang dan menjawab soalan media yang tiba daripada Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang untuk membuat liputan. Isteri Karpal, Gurmit Kaur, juga bergenang air mata. Gurmit memasuki tempat menunggu dengan skaf ungu diiringi saudara mara. Beliau masih kelu seribu bahasa ketika ucapan takziah datang mencurah-curah. Kelihatan anggota keluarga memeluk untuk memberi semangat kepadanya. Turut kelihatan di hospital, seorang lagi anaknya Jagdeep Singh Deo, Ketua Menteri Pulau Pinang itu Lim Guan Eng, pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan beberapa wakil rakyat.
Lim juga dibasahi tangisan dan memeluk erat Gobind. Penyokong DAP ramai berkumpul di luar bangunan itu, yang kebetulan baru dibuka secara rasmi semalam. |
4
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
2
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT