CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Beliau' Bukan Papa Gomo

17-4-2014 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5297| Komen: 30


Mahkamah Putuskan Wan Muhammad Azri Bukan Penulis Blog 'Papa Gomo'


KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini bukan pengendali laman blog Papa Gomo sepertimana yang didakwa sebelum ini.

Keputusan tersebut berikutan Peguam kepada Datuk Shukri Mohamed, Hisham Fauzi, gagal membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo dalam tuntutan saman RM10 juta terhadap defendan.

Ketika membacakan keputusan, mahkamah mendapati tiada sebarang dokumen yang boleh membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo malah keterangan saksi plaintif bukan satu bukti sahih yang boleh disahkan oleh mana-mana dokumen rasmi.

Mahkamah kemudiannya memutuskan Shukri membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada defendan.

Sebelum ini Shukri memfailkan saman terhadap Wan Azri yang dikatakan sebagai Papa Gomo berikutan terbitan artikel dalam blog bertajuk 'Ratusan Ribu Wang Lesap Disamun Penasihat Sultan Kelantan' beralamat di www.papagomo.com pada 4 Mei 2011.

Tuntutan Shukri juga meliputi arahan Wan Azri mengemukakan permohonan maaf secara terbuka termasuk mengiklankannya di akhbar berbahasa Melayu tempatan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 16-4-2014 10:55 PM
abis siapa papagomo sebenarnya?

Quote highcastle 16-4-2014 10:57 PM
noor2 posted on 16-4-2014 10:55 PM
abis siapa papagomo sebenarnya?

papa kedana...........
Quote noor2 16-4-2014 10:59 PM
highcastle posted on 16-4-2014 10:57 PM
papa kedana...........

memang beliau kah sebenarnya papagomo?
Quote kakikuDibibirmu 16-4-2014 11:02 PM
http://www.acong.com siapa punya?
Quote highcastle 16-4-2014 11:02 PM
noor2 posted on 16-4-2014 10:59 PM
memang beliau kah sebenarnya papagomo?

Begitu lah yg kita sedia maklum

Mahkamah sahkan Wan Muhammad Azri Papa Gomo, diperintah bayar RM500,000


SEPTEMBER 13, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 13, 2013 07:40 PM


Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papa Gomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.

Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papa Gomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.

Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.

Vazeer juga memerintahkan Papa Gomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.

Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papa Gomo tidak insaf dengan tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger yang memuat naik artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan (anonymity). – 13 September, 2013.


Bila dah kena saman dia jadi PAPA KEDANA..............
Quote Acong 16-4-2014 11:02 PM
kakikuDibibirmu posted on 16-4-2014 11:02 PM
http://www.acong.com siapa punya?

for sale laaa
Quote Acong 16-4-2014 11:05 PM
noor2 posted on 16-4-2014 10:59 PM
memang beliau kah sebenarnya papagomo?

siapakah 'beliau'?
Quote noor2 16-4-2014 11:05 PM
highcastle posted on 16-4-2014 11:02 PM
Begitu lah yg kita sedia maklum

Mahkamah sahkan Wan Muhammad Azri Papa Gomo, diperintah bayar R ...

kiranya berani buat..tak berani tanggung... tak mo mengakukah dia? pengecut ya..hihi i tak baca abis..




Quote noor2 16-4-2014 11:05 PM
Acong posted on 16-4-2014 11:05 PM
siapakah 'beliau'?

mamat mental...
Quote MissLibra 16-4-2014 11:07 PM
hmmm ... macam macam boleh berlaku di negaraku yg tercinta ni
Quote pakweneelofa 16-4-2014 11:16 PM
tak nak bersumpah cam saiful???
Quote Acong 16-4-2014 11:19 PM
Bekas isteri Papagomo jadi saksi Husam
Posted on the March 26th, 2013 under Politik by admin

KOTA BHARU: Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.

Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi.
Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang.

Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur.
       
Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa.

Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China.

“Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina.

“Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh.

“Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja,” katanya.

Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut.

Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk ‘gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’.

Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; “Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar
ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah.

Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay.

Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti.

Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos.

Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan meminda peryataan pembelaan.

Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog “parpukari.blogspot.com”. Parpukari production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012.Hrkh

http://www.harakahdaily.my/bekas-isteri-papagomo-jadi-saksi-husam
Quote Leonarzi 16-4-2014 11:19 PM
Tunggu nuar bersumpah dulu
Quote Acong 16-4-2014 11:21 PM
Selesailah cara adil
Oleh Norul Awatif Romli

Kuala Lumpur: “Tolonglah pulangkan Sandran dan Lily. Saya amat rindukan mereka. Sepatutnya kita selesaikan masalah ini secara adil bukan dengan melarikan mereka,” luah hati seorang ibu, Bellina Omar Shaifuddin Chin, 28, kepada bekas suaminya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, yang juga seorang blogger terkenal.

Katanya, tindakan bekas suaminya melarikan dua anak perempuan mereka Wan Cassandra, 4, dan Wan Camillea, setahun, boleh disifatkan sebagai perbuatan kejam memandangkan mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.

Menurutnya, pada 4 Februari lalu, dia menyerahkan Sandran dan Lily kepada bekas suaminya itu selepas meminta kebenaran membawa kedua-dua anak mereka pulang ke kampung halaman di Taman Universiti, Johor Bahru selama tiga hari.

Bagaimanapun, selepas tiga hari, bekas suaminya mendiamkan diri, malah telefon bimbitnya juga gagal dihubungi sehingga memaksanya membuat laporan polis.

“Saya sudah agak mesti ada sesuatu buruk akan berlaku. Tapi, bila mengenangkan anak masih kecil dan memerlukan kasih-sayang seorang bapa, saya benarkan mereka berjumpa ayah mereka.

“Dia (bekas suami) selalu mungkir janji kerana menghantar anak lebih daripada waktu dijanjikan, namun saya tidak menyangka itu kali terakhir saya melihat mereka,” katanya yang bercerai dengan bekas suaminya pada September tahun lalu. Menurut Bellina, selepas seminggu, dia pergi ke pejabat bekas suaminya itu di Danau Kota, Setapak untuk mencari kedua-dua anaknya selepas gagal mencari mereka di rumah tidak jauh dari pejabat itu.

“Sebaik tiba di pekarangan pejabat, saya nampak bekas suami, anak dan isteri barunya di dalam kereta. Saya cuba hampiri kereta itu, tapi gagal kerana bekas suami mengarahkan hampir 10 lelaki menghalang saya.

“Kami bergelut dan saya berjaya merampas anak sulung. Kemudian bekas suami menunjukkan surat hak penjagaan sementara yang dikeluarkan mahkamah tanpa pengetahuan saya.

“Saya terkejut bila mendapat tahu bekas suami memfitnah saya bagi mendapatkan hak penjagaan sementara itu. Selama ini, saya hanya berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan apabila bekas suami memalukan saya di laman sosial dan Internet, tapi tidak sangka dia buat begini pula,” katanya.

Berikutan itu, Bellina membuat hampir 20 laporan polis untuk mendapatkan semula hak penjagaan kedua-dua anaknya.

“Kalau betul apa yang bekas suami beritahu hakim mengenai cara saya mendidik anak, saya mahu dia membuktikannya. Anak sulung saya pandai mengaji, malah pernah memenangi pertandingan bayi pintar ketika usia dua tahun.

“Saya sayang Sandran dan Lily dan tidak pernah mahu menghancurkan masa depan mereka seperti dikatakan. Hanya Tuhan tahu bagaimana hidup saya tanpa mereka,” katanya.

“Saya juga tidak mahu bergaduh atau mengaibkan mana-mana pihak. Bekas suami juga sudah berkahwin lain seminggu selepas perceraian kami dan sepatutnya menumpukan perhatian kepada keluarga barunya,” katanya.

Menurutnya, dia merayu agar bekas suaminya memulangkan semula anak dengan cara baik dan menyelesaikan persengketaan yang berlaku demi masa depan kanak-kanak itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

Quote AbukRokok 16-4-2014 11:26 PM
ya bukan papa gomo
tapi papa gomol
Quote kucingTomey 16-4-2014 11:27 PM
papa bodoh....
Quote solstice 16-4-2014 11:28 PM
Mamat ni bekas polis
Ada kes rasuah tahun 2004
Biasa lar macai umno
Quote cupu 16-4-2014 11:38 PM
Skrg ank x wife tu dah dpt blk dkt wife ke x?gila jht dia ni..buat ank ngan bini baru la..mmg kaki putar sguh.blh plk dpt surat mahkamah.aku syak dia ni ada bekap bsr jgk.
Quote amiraira 16-4-2014 11:42 PM
Siapa kah????????

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.079354 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top