CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Ayah Ditetak Anak Penagih Dadah

15-4-2014 11:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9863| Komen: 41

JASIN - Seorang bapa dihentak dengan kayu cangkul oleh anaknya yang dipengaruhi dadah akibat berang ditampar setelah ditegur masuk ke rumah mereka di Kampung Bukit Tembakau, Umbai di sini tanpa menanggalkan kasut.

Mangsa, Mat Sap Bachik, 72, cedera di kepala dan bahu akibat dipukul dengan kayu cangkul sebanyak empat kali pada kejadian pada pukul 6.30 petang pada Jumaat minggu lalu.

Menurut isteri mangsa, Kintan Abd. Samad, 67, suspek yang merupakan anak keenam berumur 34 tahun memukul suaminya menggunakan kayu cangkul yang terdapat di halaman rumah.

"Perselisihan faham itu berpunca apabila suami saya berang dengan perbuatan anak saya memasuki rumah dengan memakai kasut dan tidak mempedulikan teguran yang diberikan atas perbuatannya itu.

"Berang dengan tindakan itu, suami saya menampar anak saya itu (suspek)," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Kintan memberitahu, sebelum kejadian suaminya duduk di belakang rumah dan menerima kunjungan anak perempuan bongsunya, Rozaimah, 30, bersama suami.


KINTAN memeriksa kesan luka di kepala uaminya, Mat Sap di rumah mereka di Kampung Bukit Tembakau, Jasin, Melaka semalam. 





19

Bagus
17

Marah
10

Terkejut
20

Sedih
23

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 14-4-2014 05:46 AM

KINTAN memeriksa kesan luka di kepala uaminya, Mat Sap di rumah mereka di Kampung Bukit Tembakau, Jasin, Melaka semalam.




Quote alinone78 14-4-2014 05:56 AM
34 tahun masih dok dengan mak pak
Tak malu
Quote nurul_akmar 14-4-2014 07:57 AM
kesiannya parent dia
Quote MissNigga 14-4-2014 08:16 AM
anak cam ni...tyme bayi dulu layak ler dihumban dalam telaga buta
Quote Suchi 14-4-2014 08:17 AM
malang membela reseksa

aku percaya mak pak dia dah ninggal pun

reseksa gini akn still lg hidup, n bebankn adik badik plak

manusia gini biasanya liat nk aruah n pjg bebenor umurnya

ngklah adik yg bongsu pun dh kawen n berfamili dia lak hidup jd beban mak pak tak sudah2..

silap2 mak pak nk tidur mlm2 pun takut kena bunuh dek ank sendiri..
Quote Suchi 14-4-2014 08:18 AM
delete
dabel post
Quote burque 14-4-2014 08:22 AM
Awat mak pak tak hantar g serenti sebelum kena pukul
Quote Mulan 14-4-2014 08:35 AM
burque posted on 14-4-2014 08:22 AM
Awat mak pak tak hantar g serenti sebelum kena pukul

masuk serenti kena atas kerelaan si mat pit sendiri, kalau tak silap.

Quote prettyuglybabe 14-4-2014 09:48 AM
sayang anak dimanjakan, sayang bapak dicangkulkan
Quote niceghost2005 14-4-2014 09:51 AM
tongkatwaran75 posted on 14-4-2014 05:46 AM
KINTAN memeriksa kesan luka di kepala uaminya, Mat Sap di rumah mereka di Kampung Bukit Tembakau,  ...

Ibu bapa dgn anak

1. bawah 7 tahun - anak adalah boss
2. 7 tahun to 14 tahun - ibu bapa adalah boss
3. 14 tahun ke atas - kita berkawan

Kalau dah 34 tahun, kena tegoq cara kawan laaaaa
Bukan cara 7 to 14 tahun.

Itu yg kena kayu cangkul.

Quote noor2 14-4-2014 09:52 AM
tembak kasi mampos ja  anak mcm ni...dah umuq 34 tp tak reti hidup..
Quote pakweneelofa 14-4-2014 09:54 AM
ada anak ngisap dadah ni elok dicepuk2 je
Quote aechae 14-4-2014 09:58 AM
klu ada anak cenggini biarlah hilang pn xpe....menyusahkn

makcik, hari2 msk nasi tu letak racun sket bg ank tu mkn...slow2 kasi mati...geram aku
Quote AHMADVW 14-4-2014 10:00 AM
lahabau punya anak
Quote tongkatwaran75 14-4-2014 10:35 AM

nauzubillah...
penagih dadah nie paling bermasalah punya manusia...
Quote tongkatwaran75 14-4-2014 10:55 AM

Quote tongkatwaran75 14-4-2014 10:56 AM
JASIN, 14 April - Hanya kerana menegur memakai kasut dalam rumah, seorang warga emas cedera di kepala dan tengkuk selepas dibelasah dengan kayu cangkul oleh anak lelakinya sendiri.

Kejadian berlaku di Kampung Bukit Tembakau, Umbai, di sini kira-kira 6.30 petang Jumaat lalu, apabila warga emas berusia 72 tahun itu dipukul oleh anak lelaki berusia 34 tahun dipercayai di bawah pengaruh gam.

Disebabkan faktor usia, warga emas dikenali sebagai Sarip (bukan nama sebenar) tiada kudrat untuk melawan dan membiarkan saja dirinya cedera dibelasah.

Menurut Sarip, kejadian berpunca selepas dia marah dan melempang anak lelaki itu masuk ke rumah dengan memakai kasut.

“Saya menegur kelakuannya, tapi dia tidak mengendahkan menyebabkan saya bertindak menamparnya. Sekali lagi saya tampar apabila mulutnya membebel mengatakan sesuatu yang tiada asas dan saya sendiri tidak faham,” katanya.

Menurutnya, anak lelakinya itu kemudian keluar dan pergi ke hadapan rumah yang dijadikan ruang tidur dan dipisahkan dengan pintu gril.

“Tiba-tiba anak saya menendang gril menyebabkan sebahagian besi tercabut sebelum saya kemudian membuka pintu besi itu dan mengejarnya yang berlari ke bahagian anjung. Dalam masa sama, saya mencapai kayu cangkul tapi tersepit di pintu kayu. Kesempatan itu digunakan dia merampas kayu dari tangan saya lalu memukul saya sebaik sahaja saya melepasi pintu tersebut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Sarip berkata, dia yang cedera di belakang kepala dipukul empat kali dan rebah ke tanah turut nyaris terhantuk pada pasu.

Menurutnya, anaknya berhenti memukul selepas isterinya yang berusia 67 tahun menegur selepas melihat kejadian itu.

“Isteri saya kemudian memanggil saudara-mara di sebelah rumah bagi mendapatkan bantuan kerana saya tidak mampu berdiri, malah kepala berdarah," katanya.

Menurutnya, ketika itu kepalanya berdenyut, mata berpinar selain rasa pening menyebabkan dia dibawa ke sebuah klinik di Telok Mas oleh anak perempuan dan menantunya.

“Dalam masa sama, saudara mara menelefon polis dan anak saya ditangkap lalu dibawa ke Balai Polis Merlimau,” katanya bekas penyelia sebuah jabatan kerajaan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mohd Nur Hishamuddin Hashim berkata, anak warga emas itu ditahan reman selama empat hari sejak 11 April lalu.
Quote kelip2_07 14-4-2014 11:03 AM
niceghost2005 posted on 14-4-2014 09:51 AM
Ibu bapa dgn anak

1. bawah 7 tahun - anak adalah boss

nk tegor cara kwn cmne..ank dh telan dadah mmg xleh wat ape..sian mak pak..
Quote chaoyunjie 14-4-2014 12:00 PM
nasib baik tak terbunuh si bapa tu...

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.063761 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top