JENAMA tudung Ariani sememangnya cukup sinonim dan bukannya satu nama asing di kalangan wanita Muslimah di negara ini. Untuk koleksi terbaharu 2014, Ariani menampilkan eleman kreatif, sofistikated dengan perincian ditumpukan pada penggunaan warna-warna segar dan terkini namun pada masa sama masih mengekalkan ciri-ciri kontemporari dan kesopanan kepada sang pemakai. Koleksi tudung terbaharu Ariani sudah berada di pasaran sejak bulan lalu. Tudung kali ini dihasilkan menggunakan rekaan fabrik bermutu tinggi bagi memastikan kualiti dan ketahanan fabrik adalah ditempat tertinggi. Antara farbrik yang digunakan seperti Italian chiffon, Italian lycra, dan Thai silk. Uniknya mengenai koleksi terbaharu ini dapat dilihat pada kehalusan jahitan, kemasan produk dan teknik potongan yang telah dipertingkat dan diberi ketelitian. Antara koleksi terbaru dari Ariani adalah Zafira Printed, Selendang Embroldery, Selendang Printed, Selendang Printed Stone, Selendang Crumple, Aleesya Beaded Block Heavy, Zafira Lace, Selendang Art Work, Selendang Stone, Selendang Lace, Tiara Chiffon 2 Layer. Dalam majlis pratonton koleksi terbaharu itu baru-baru ini, Ariani turut mengumumkan personaliti TV, Nurul Syuhada Nurul Ain sebagai duta baharu jenama tersebut, menggantikan Wardina Safiyyah. Siti Nurhaliza dilantik sebagai ikon Ariani. Pada majlis itu juga, Ariani telah menandatangani memorandum kerjasama dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk melancarkan Siti Nurhaliza Collection by Ariani yang menyaksikan beliau dilantik sebagai ikon Ariani. Tudung tersebut turut dipersembahkan kepada umum menerusi segmen pertunjukan fesyen pada pelancaran koleksi terbaharu itu.
|
ADVERTISEMENT