Mangsa berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat swasta terus diburu samseng upahan along terbabit, walaupun dia sudah menjelaskan hutangnya. Berikutan tidak tahan dengan ugutan dan bimbang keselamatannya diancam, samseng berkenaan yang dikenali sebagai Kevin, wanita itu membuat laporan polis, kelmarin. Jurucakap polis berkata, wanita itu dipercayai membuat pinjaman sebanyak RM250 daripada along tiga bulan lalu, selepas beliau menghadapi masalah kewangan. Pinjaman dibuat tanpa membabitkan sebarang dokumen dan hasil perbincangan mangsa diminta membayar hutang berkenaan termasuk termasuk faedah sehingga lebih RM500. “Walaupun hutang dan faedah dikenakan dijelaskan, namun lelaki terbabit terus menuntut bayaran dan mengugut keselamatan mangsa setiap kali menerima panggilan daripada telefon bimbitnya. “Ugutan berterusan menyebabkan mangsa terpaksa membuat beberapa kali pembayaran mencecah RM3,500 yang dimasukkan ke dalam akaun bank beberapa individu tidak dikenali,” katanya. Beliau berkata, dalam kejadian terbaharu, wanita terbabit sekali lagi menerima panggilan telefon daripada lelaki sama jam 9.30 malam kelmarin dan memintanya memasukkan wang RM1,800.
|
1
Bagus |
7
Marah |
1
Terkejut |
5
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
namirulmukminin posted on 14-4-2014 01:41 PM
KAHKAHKAHKAHKAH.... Kojol jugak ko akhirnya.... Boleh ...
ADVERTISEMENT