CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Parti Sampai Subuh Di Ampang

11-4-2014 05:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14021| Komen: 108


SEJAK kelmarin, laman sosial kecoh memperkatakan tentang parti liar ‘Topless Friday Beach Party’ yang sepatutnya dijadualkan berlangsung esok, di sebuah kelab di Jalan Ampang.


Meskipun kelab tersebut diarah tutup oleh Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL), ia bagaimanapun tidak mampu menghentikan pandangan negatif masyarakat terhadap 'industri seni' atas penganjuran acara tidak bermoral itu di saat negara masih terkesan dengan tragedi enam orang maut di Future Music Festival Asia (FMFA) serta kehilangan pesawat MH370 yang lalu.


Apatah lagi nama-nama DJ Malaysia tersenarai sebagai individu yang akan terlibat dalam parti bogel itu.


Namun, DJ yang dimaksudkan bukanlah dalam kalangan penyampai radio industri seni tetapi Video Disc Jockey yang selalunya mengendalikan acara hiburan di kelab-kelab malam.


Presiden Persatuan Karyawan, Datuk Freddie Fernandez tampil menjawab desas-desus yang mengatakan industri hiburan tidak sensitif terhadap musibah yang menimpa negara dengan kewujudan acara seperti ini.


“Kalau di negara Barat, parti-parti liar macam ni memang biasa. Tapi ini Malaysia, acara macam ni bukan budaya kita.


“Industri hiburan kita pun tak sokong benda-benda macam ni. Kita kena bagi hiburan yang baik kepada orang ramai, terutamanya anak-anak muda,” katanya.


Prihatin dengan kejadian enam orang maut di FMFA akibat penyalahgunaan dadah, Freddie bagaimanapun tidak setuju jika semua acara hiburan dihentikan dan semua kesalahan dilemparkan kepada penganjur.


“Kita prihatin dengan kejadian tersebut, tapi bukan penganjur yang harus dipersalahkan sepenuhnya jika acara itu ada permit.


“Saya cadangkan pihak berkuasa dan penganjur adakan kawalan ketat di setiap acara hiburan, periksa beg dan poket pengunjung yang datang supaya benda-benda terlarang tidak terlepas masuk ke dalam konsert dan sebagainya,” kata Freddie.


Tambah Freddie lagi, walaupun negara masih bersedih atas tragedi kehilangan pesawat MH370, aktiviti industri hiburan tetap harus berjalan.


“Memang kena kurangkan aktiviti hiburan sebab kita pun kena hormat tragedi yang berlaku. Cuma kalau boleh buatlah secara sederhana, bukannya hentikan terus.


“Saya tak nafikan kita semua masih bersedih, tapi hidup mesti diteruskan. Ada ramai orang cari rezeki dan bergantung hidup pada industri hiburan, jadi tak patutlah sesuatu acara tu terus dihentikan asalkan ia tidak melampaui batas,” katanya.


Salah seorang orang kuat industri hiburan tanah air, Jurey Latiff menyifatkan penganjuran parti liar seperti ini akan menjejaskan nama baik Malaysia dan agama Islam.


“Saya harap pihak berkuasa kaji balik ikut keperluan kalau nak keluarkan permit untuk acara-acara hiburan. Negara kita memang berbilang kaum dan agama, bukan ada orang Islam sahaja tapi parti tak ada permit macam ni memang patut dibatalkan sebab memalukan

negara dan agama.


“Stesen TV dan radio pun dah kurangkan hebahan tentang aktiviti hiburan sebab hormat tragedi MH370 dan FMFA. Pihak penganjur kena sensitif dan ambil iktibar daripada kejadian yang berlaku,” katanya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote incek_akim 10-4-2014 01:39 PM
PSP, Parti Sampai Pagi.
Quote Muntz 10-4-2014 01:41 PM
Biasa jah parti sampai pagi. Dulu pun aku penah gak kekdahnya. Takder apa yg nak dihairankan pun.
Quote xtahumenahu 10-4-2014 01:43 PM
sampai pagi je..pe de kesah...yg kesah...party sampai ajal
Quote mawarika 10-4-2014 01:48 PM
Terkenang aku
Quote Psychedelia 10-4-2014 01:52 PM
Topless party kat the pool tu konfem dah kensel ke? tgk2 on je seperti dijadualkan..

tgk2 rakyat2 inesen je yg percaya party tu dah dibatalkan..
Quote pittjie 10-4-2014 02:19 PM
mmg la berparti sampai ke pagi. takkan parti2 balik sebelum pukul 12 kut. hihi. tingat la kisah muda2 dulu. kalau nak kluar jalan2 dgn kawan .. mak dia mesti pesan ... balik jgn malam2!. iols selamba je jawab "tak la .... balik pagi2 je". ye le .. kalau dah balik pukul 1 tu kan dah 1 pagi. hihihi. tapi iols idok la pergi  berparti pun. ngeteh jwer.
Quote lavajeans 10-4-2014 02:24 PM
pittjie posted on 10-4-2014 02:19 PM
mmg la berparti sampai ke pagi. takkan parti2 balik sebelum pukul 12 kut. hihi. tingat la kisah muda ...

jum ngeteh....nanti satu pagi wa antar lu balik...



Quote itik_kuning 10-4-2014 02:25 PM
dulu2 centro kat kl sentral tu yang selalu tutup kul 6 pagi. dah abis kat heritage row, sambung lak kat sana.
Quote lavajeans 10-4-2014 02:27 PM
itik_kuning posted on 10-4-2014 02:25 PM
dulu2 centro kat kl sentral tu yang selalu tutup kul 6 pagi. dah abis kat heritage row, sambung lak  ...

ha' ah....

lu sambung sana...wa sambung kat hotel...





Quote pittjie 10-4-2014 02:28 PM
lavajeans posted on 10-4-2014 02:24 PM
jum ngeteh....nanti satu pagi wa antar lu balik...

ee tak per va. aku boleh balik sendiri jwer.

Quote sapp73 10-4-2014 02:28 PM
benda biasa ....yang parti sampai mati pun dah ada ...overdose
Quote dasatgiler 10-4-2014 02:31 PM
Parti Aslam Semalaysia ada kena mengena tak?
Quote mattzzx 10-4-2014 02:35 PM
Kalau bahasa halus skit.... 'parti lah sampai mampus'..... boleh kee?
Quote amyainsamad 10-4-2014 02:49 PM
party jela...
Quote raxief 10-4-2014 02:52 PM
parti tupperware
Quote bidacool 10-4-2014 02:57 PM
kelab syabas dulu2 pun dah subuh baru pandai nak tutup.... citer basi la....
Quote alinone78 10-4-2014 03:07 PM
Elokla...parti sampai subuh
Boleh qiamullail n zikir sekali
Quote caplimau 10-4-2014 03:08 PM
macam2 hal.. klo setakat party lantak korg la...
tapi klo da ade yg OD smpi mampus tu mmg layaknye digelar
manusia paling bodoh seantara dunia..
Quote kucingTomey 10-4-2014 03:24 PM
parti sampai subuh??kenapa tak parti sampai asar ke...parti sampai maghrib ke??kenape??

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.158447 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top