CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipenjara 25 tahun, rupanya tidak bersalah

11-4-2014 02:51 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12195| Komen: 91


New York: Seorang lelaki yang menghabiskan masa hampir 25 tahun di dalam penjara kerana dituduh membunuh dibebaskan semalam selepas hakim mendapati dia bercuti di Florida ketika kejadian.

Jonathan Fleming, 51, dibebaskan selepas pejabat pendakwa raya di Mahkamah Tinggi Brooklyn menggugurkan semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

“Dia sangat gembira kerana hari yang ditunggu akhirnya tiba, namun kecewa kerana terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 25 tahun atas kesalahan yang tidak dilakukannya,” kata peguam bela Taylor Koss.

Sepanjang perbicaraannya atas atas pertuduhan menembak mati rakannya, Darryl Rush pada 1989 di Brooklyn, Fleming mengekalkan akuan tidak bersalah.

Peguamnya berkata, pihak pendakwa terburu-buru mensabitkan lelaki itu dan tidak mengendahkan bahan bukti seperti bil telefon, gambar, resit hotel dan beberapa bukti lain yang menunjukkan lokasinya ketika kejadian.

Ketika perbicaraan, seorang saksi memberi keterangan yang dia melihat Fleming berada di tempat kejadian, namun mengaku tersilap pandang beberapa minggu kemudian, kata peguam bela lelaki itu.

Fleming didapati bersalah pada 1990 dan dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun.

Selepas sekian lama merayu dan kes itu disemak semula, pendakwa raya, Ken Thompson berkata, bukti yang dikemukakan membebaskan Fleming daripada tuduhan itu.


- Reuters


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanakikan 11-4-2014 11:41 AM
Sila saman berjuta juta.
Quote yayah8989 11-4-2014 11:58 AM
Mak aihh sia2 umorhang
Quote _ejat_ 11-4-2014 11:59 AM
selepas 25 tahun baru didapati tidak bersalah ? omg . apakah ini ? bukan berjuta juta . berbillion billion .
Quote kelip2_07 11-4-2014 11:59 AM
BLH KE NK SAMAN BALIK NIE??
Quote encikWawad 11-4-2014 11:59 AM
pasti akan samannn joootaaa - 25 tahun duk penjara makan free - endup jadi jutawan - wow
Quote biosfree 11-4-2014 12:02 PM
mangsa kecuaian

tuntut 1thn 1juta
Quote dragger 11-4-2014 12:05 PM
kesian gak tuh

punye la duk lame dalam pnjara..
Quote lil_honey 11-4-2014 12:08 PM
macam cite 12 years slave. kesian sungguh , sia2 je hidup.
Quote Miss_Aleena 11-4-2014 12:08 PM
sian betui die habiskan sisa 25thn dlm tu....haa saman lah ape lg eh eh
Quote ninja boy 11-4-2014 12:10 PM
keluar penjara umur dah 51, tinggal berapa tahun untuk mati atau sakit, kehilangan masa 25 tahun x boleh cover dgn wang,
Quote Qi_L 11-4-2014 12:20 PM
APA ?!
senang2 je sabit hukum 25tahun pastu semak semula tak salah pulak. CUAI nah handle kes . urgh! mesti terkilan sungguh dia & ahli keluarga dia tu. 25tahun bukn 2hari5malm . boleh saman saman jah! sian betuii depa
Quote -electrifying- 11-4-2014 12:23 PM
SAMAN !
Quote intriQue 11-4-2014 12:26 PM
Wasted years.....

kesiannya dia.....
Quote fredbok87 11-4-2014 12:26 PM
sedih siotttt..... bertabahlah....... ini namanya mahkamah dunia...mcm sial dan hamjadah... nothing is perfect
Quote GhostWalking 11-4-2014 12:44 PM
Nak saman balik biasanya boleh sajork.kat sana memang dapat la pampasan bermillion.siap ada aku penah tengok kat CI chanel dulu show untuk these people yg tak bersalah and dapat duit pampasan gomen kekdahnya.kayo kayo kayo
Quote jofizo 11-4-2014 12:46 PM
kalau kat us saman 100 juta la......
Quote duniaku85 11-4-2014 12:49 PM
sia2 je idup..tak sempat nk enjoy..wakaka
Quote tengokjerrr 11-4-2014 01:08 PM
pengalaman berharga meskipun tak bersalah
Quote johndoe17 11-4-2014 01:13 PM
Nasib hukuman 25 tahun penjara sb bunuh..kalo hukuman mati? Sia2 je mati xbersalah...

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.249334 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top