Gara-gara curi tiga helai baju, bekas pegawai bank dipenjara sehari, denda KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri tiga helai baju bernilai RM317 di pusat membeli-belah Suria KLLCC di sini semalam, seorang bekas pegawai bank dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Shah Jehan Abdul Kadir, 37, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua minggu sekiranya gagal membayar denda terbabit. Gambar hiasan Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam bela Noor Mousa Azaddin dan Nasirudin Nordin memohon hukuman diringankan atas alasan tertuduh tidak mempunyai pekerjaan selain isterinya hanya bekerja sebagai kerani. Bapa kepada enam anak itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping.
|
mohid posted on 11-4-2014 09:12 AM
mungkin perlukan baju berjenama nk g interview utk job baru!!!!
kitaran hidup " KITA X TAHU BILA ...
leylapple posted on 11-4-2014 08:54 AM
oleh sebab suka mencuri kot menyebabkan dia kehilangan keje...
sian wor org keje bank..dah la mak ...
haryatie posted on 11-4-2014 11:05 AM
da x de keje pakai je la baju yg mana ada...
nak juga yg branded..smpai sangggup mencuri
tapibukanaku posted on 11-4-2014 11:13 AM
tak dapat curi baju, curi seluar jeans je lah
@lavajeans
lavajeans posted on 11-4-2014 11:19 AM
Lu jgn cuba2 nak curi hati wa lagi...
Sudah terlambat sayang...hati ini sudah di miliki...tata. ...
ADVERTISEMENT