CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadi Pemandu Teksi Untuk Mencari Ibu Yang Hilang

10-4-2014 05:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6905| Komen: 68

Description: Kuala Lumpur: Sejak Kecil Dia Berhasrat Untuk Mendapatkan Belaian Dan Kasih Seorang Ibu, Namun Apakan Daya, Ia Hanya Tinggal Impian Kerana Ibu Tersayang Menghilangkan Diri Ketika Dia Berusia 9 Tahun.


Rindu belaian dan kasih ibu

KUALA LUMPUR: Sejak kecil dia berhasrat untuk mendapatkan belaian dan kasih seorang ibu, namun apakan daya, ia hanya tinggal impian kerana ibu tersayang menghilangkan diri ketika dia berusia 9 tahun.

Walaupun usia Wong Tai Meng sudah menjangkau lebih setengah abad, perasaan untuk mencari dan kembali bertemu ibu tercintanya, Tan San Kim tidak pernah pudar.



"Saya mahu tahu status ibu saya. Sama ada dia hidup atau sudah mati, kita mahu tahu. Saya tiada peluang merasai kasih sayang ibu. Saya selalu lihat orang lain ada ibu, tapi saya tidak," luah Tai Meng ketika ditanya mengenai hasratnya itu.

Dengan menahan rasa sebak, menahan air mata yang bergenang, Tai Meng menjadikan kenangan bersama ibunya sebagai semangat untuk dia mencari wanita yang berasal dari Pulau Pinang itu.



Dalam misi menjejaki ibunya, Tai Meng nekad mengambil keputusan untuk menjadi pemandu teksi dengan harapan, satu ketika nanti, salah seorang penumpang yang menaiki teksi adalah ibunya yang dicari sekian lama.

Namun, sudah lebih 20 tahun dia mencari rezeki dengan memandu teksi, kelibat ibunya masih gagal ditemui.

Dibela neneknya sejak kecil, ibunya hilang meninggal mereka empat beradik sejak Tai Meng berumur 9 tahun. Katanya, jika ibunya masih hidup, dia mungkin berumur lingkungan akhir 70 an.

"Pasar Pudu, di tempat orang jual banyak makanan. Itulah kali terakhir saya lihat ibu saya. Sehingga kini nenek tidak pernah cerita apa punca ibu pergi,"

"Saya waktu itu masih kecil, saya susah nak ingat wajah ibu saya. Kami adik-beradik hanya bergantung pada gambar."

Hati Wong kuat mengatakan ibunya masih hidup dan dia amat berharap wanita yang melahirkannya akan pulang serta mengetahui anak-anaknya masih menunggu.

"Saya masih ingat, waktu kecil, dia mandikan saya, tolong pakaikan saya baju. Itu kenangan yang paling saya tidak dapat lupakan,"



Tanpa kenal erti putus asa, Tai Meng menggunakan pelbagai platform untuk mencari ibunya.

Antara usaha terbaru ialah menyertai program Wish List yang dianjurkan Lite FM terbitan rangkaian Radio Astro. Tai Meng turut merancang untuk menjejaki ibunya di Pulau Pinang, negeri asal ibunya.            

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NIXAR 10-4-2014 11:52 AM
pakcik ni sgt tabah sekali. dah 20 tahun masih x putus asa mencari ibunya
Quote prettyuglybabe 10-4-2014 12:05 PM
kuatnya kasih sayang seorang anak..
Quote manehnya 10-4-2014 12:07 PM
huk huk

shiannya dia

moda takdir menemukan mereka
Quote babytitot 10-4-2014 12:08 PM
mata masuk habuklah pulak baca news ni..semoga pakcik ni dapat berjumpa dgn ibunye..
Quote ais_kosong 10-4-2014 12:09 PM
sedihnya baca  
Quote -electrifying- 10-4-2014 12:16 PM
begitu tabah beliau.
Quote rospinki 10-4-2014 12:18 PM
Mungkin mak dia lari sebab nenek dia...pasal tu tknk citer detail. Kenangan kasih ibu yg sejati dari seorg ibu tetap kekal dapam lipatan memory seorg anak dan yakin akan bertemu ibu yg melahirkannya..itu tanda kasih yg mak dia curahkan pada adalah kasih sejati..tp mungkin atas sebab2 tertentu dia terpaksa pergi meninggalkan anak2 dia..sedih aku baca kisah ni. Moga ketemu ibunya.
Quote cammie1711 10-4-2014 12:45 PM
rospinki posted on 10-4-2014 12:18 PM
Mungkin mak dia lari sebab nenek dia...pasal tu tknk citer detail. Kenangan kasih ibu yg sejati dari ...

Lagi sedih baca post u nih........
Quote pestol 10-4-2014 12:48 PM
harap uncle dapat jumpa ibu ya nanti. mudah mudahan
Quote fifie_olin 10-4-2014 12:50 PM
alahai siannya...hrp tecapai hasrat dia..
takot je mak dia dh kena tanam
Quote dino 10-4-2014 12:52 PM
NIXAR posted on 10-4-2014 11:52 AM
pakcik ni sgt tabah sekali. dah 20 tahun masih x putus asa mencari ibunya

yg ade mak plak... sia2kan mak depa...
Quote lizaliza 10-4-2014 12:52 PM
Semoga uncle dapat bertemu ibu....
Quote DayangKirana 10-4-2014 12:55 PM
hiba rasanya... semoga ketemu ibumu..
Quote kentel 10-4-2014 12:59 PM
sedihnya...harapnya bertemu...
Quote noor2 10-4-2014 01:04 PM
kesian sangat

harap beliau berjumpa ibunya..
Quote FlowerGirl 10-4-2014 01:05 PM
Kesian ......
Quote yipun_78 10-4-2014 01:06 PM
harap beliau dapat jumpa mak nya, hidup atau mati sekurang2 dia ada jawapannya.. k laaa nk kol mak
Quote TigerFeith 10-4-2014 01:17 PM
"Saya masih ingat, waktu kecil, dia mandikan saya, tolong pakaikan saya baju. Itu kenangan yang paling saya tidak dapat lupakan,"
Ni lah ayat yang paling menyentuh hati aku....
Quote scorpionkiki 10-4-2014 01:19 PM
Nak pi ziarah mak la... dah 2 hari tak tengok dia...

Pakcik Wong Tai Meng... I sincerely hope that you will hear some news about your mum... she is blessed to have a son who tirelessly searching for her and love her to bits. Last edited by scorpionkiki on 10-4-2014 01:21 PM

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.077475 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top