Uniknya Jawa Kuala Selangor TANJONG KARANG - Sudah menjadi amalan bagi masyarakat Jawa di daerah ini terutamanya di Kampung Sungai Gulang-Gulang untuk ‘rewang’ ketika tradisi munjung ketupat setiap kali menjelang musim perayaan tak kira Syawal ataupun sambutan Merdeka sekali gus menyemarakkan semangat Selangorian yang mempunyai pelbagai budaya dan keistimewaan tersendiri. Hampir setiap tahun 4,000 ketupat akan dianyam bersama sebelum dimasak secara rewang untuk tempoh dua hari. Mereka bersengkang mata untuk siapkan juadah. Lebih menarik, segala penyediaan bahan mentah adalah hasil sumbangan penduduk sendiri dan semangat bekerjasama yang tinggi menjadikan amalan tradisi itu sentiasa dinanti. Orang kuat kampung itu, Mohd Zamri Kahar berkata, aktiviti rewang itu pastinya memecahkan tradisi kampung itu apabila berjaya menganyam lebih 3,000 ketupat yang dilaksanakan di rumah-rumah setiap kali sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Merdekaraya. “Mungkin tahun ini aktiviti sama akan dilaksanakan di pekarangan rumah ketua kampung yang baru bagaimanapun masih dalam perbincangan memandangkan permintaan tinggi daripada penduduk. “Dua tahun sebelum ini, aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan berdasarkan konsep sedekah 100 peratus bagi memberi ruang dan peluang kepada semua penduduk beramal jariah melalui sumbangan bahan mentah, kewangan serta tenaga kerja. “Apa yang menarik, semua hidangan dimasak bersama-sama selama tiga hari melibatkan golongan muda bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Gulang-Gulang, Kelab Kebajikan Kampung Sungai Gulang-Gulang dan agensi berkaitan. “Usaha ini juga dapat memberi peluang kepada penduduk terutamanya belia dan remaja merasai serta mengembalikan suasana semangat kejiranan kampung melalui tradisi rewang yang kian dilupakan,” katanya. Beliau yang juga bekas Pengarah Biro Tatanegara Selangor berkata, pelbagai juadah masakan Jawa dan Melayu dimasak bersama sekali gus memupuk semangat kejiranan dan silaturahim antara penduduk tanpa mengira usia dan perbezaan fahaman politik. “Bahkan kita dapat bantu nasib penduduk yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal apabila mereka diraikan bersama dalam aktiviti yang diadakan di rumah milik Tulus Kasiman dan Husain Mungin. “Selalunya aktiviti kemasyarakatan ini bukannya sekadar rewang saja tapi kita selitkan sekali dengan penajaan 100 nama penduduk kurang berkemampuan untuk memiliki akaun Tabung Haji. “Selain itu, kita juga beri peluang kepada pelajar kolej yang sudi untuk menyertai aktiviti rewang ini dan belajar cara menganyam ketupat dengan betul sebab sekarang ini kebanyakan mereka hanya beli saja. “Saya pun risau kemahiran menganyam ketupat hanya diwarisi golongan veteran saja dan jika tidak diajari, mungkin golongan muda akan kehilangan satu-satunya kemahiran amalan tradisi makanan Melayu,” katanya. Seorang lagi penduduk, Nor Hajar Amrin berkata, sudah menjadi satu kebiasaan masyarakat Jawa di kampung ini untuk mengadakan aktiviti kenduri kampung melibatkan semua. “Saya pun seronok apabila budaya rewang ini diamalkan kerana mungkin di kampung, semangat kejiranan itu agak kuat berbanding di kawasan bandar,” katanya.
|
pestol posted on 9-4-2014 11:56 AM
jawa n melayu sama ko biar betul dik
the_killer posted on 9-4-2014 11:57 AM
Kat malaysia...jawa dah jadi melayu..sedangkan..org jawa kat pulau jawa takmau mengaku melayu...me ...
pestol posted on 9-4-2014 12:02 PM
melayu ni bukan di malaysia saja, sama mcm mamak bukan di india je. di malaysia pun ada mamak kara ...
the_killer posted on 9-4-2014 12:04 PM
Memey la....suku melayu asalnya mendiami semenanjung dan sumatera timur yg meliputi riau..palemban ...
pestol posted on 9-4-2014 12:08 PM
terjumpa
STONER posted on 9-4-2014 12:09 PM
yeke.. cam tak je. member aku ramai je jawa pemalas. nasib baik aku bukan jawa tapi aku rajin ga ...
Kampung Sungai Gulang-Gulang
freebird posted on 9-4-2014 12:50 PM
jawa is jawa and melayu is melayu, and never the twain shall meet...
ADVERTISEMENT