KLANG SELATAN - Polis merampas selaras senapang jenis 'shot gun 12 bore semi auto browning' serta 25 butir peluru dalam Op Cantas khas yang dijalankan serentak di beberapa lokasi, di sini, sejak tengah malam, kelmarin. Dalam operasi selama lima jam itu, pemeriksaan ditumpukan terhadap individu dan kenderaan melalui sekatan jalan raya di kawasan Jalan Banting/Klang, Jalan Kota Pendamar, Jalan Sg Jati, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Sentosa dan Pulau Indah/Bukit Tinggi. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, rampasan ke atas senapang itu dibuat dalam satu sekatan yang dijalankan di Bukit Tinggi. Beliau berkata, hanya senjata api yang dirampas dan tiada penahanan dibuat. "Siasatan dapati pemilik senjata api berusia 60-an itu mempunyai lesen sah. Bagaimanapun ketika diperiksa senjata api itu diletakkan secara terbuka atas kerusi dalam kereta. "Kita terpaksa rampas senjata api terbabit kerana pemiliknya gagal menyimpan dengan baik," katanya, semalam.
|
prettymanja posted on 9-4-2014 12:52 PM
teringat kene roadblock kt Pasir Merah Klate aritu otw back from Hatyai Thailand. Bukak tingkap kete ...
ADVERTISEMENT