Gambar hiasan Kuala Lumpur: Jika dulu wanita sering menjadi sasaran mudah jerat percintaan ‘love scam’, namun kini jumlah lelaki yang menjadi mangsa sindiket didalangi warga Afrika didapati semakin meningkat. Statistik polis pada 2012 mendapati 300 lelaki menjadi mangsa ‘love scam’, meningkat kepada 331 kes tahun lalu. Pada 2012, wanita menjadi mangsa jerat percintaan ini 514 orang, meningkat kepada 764 tahun lalu. Jumlah kerugian pada 2012 sebanyak RM33.615 juta sebelum meningkat kepada RM35.7 juta tahun lalu. Kebiasaannya, modus operandi ‘love scam’ ialah penghantaran secara rawak e-mel atau mesej peribadi akaun Facebook (FB) mengenai wanita kacukan Malaysia dan Eropah yang mahu meminta bantuan mencari susur galur keturunannya di negara ini. Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Asisten Superintendan Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata, kebanyakan mangsa lelaki mudah terpedaya berikutan gambar seksi dan cantik yang digunakan anggota sindiket terbabit. “Mereka meletakkan gambar wanita cantik dan seksi sebagai profil dalam akaun media sosial bagi menarik perhatian mangsa,” katanya, semalam. Menurutnya, jumlah kes membabitkan lelaki berusia antara 31 hingga 49 tahun menunjukkan peningkatan dua kali ganda iaitu daripada 63 orang pada 2012 kepada 106 tahun lalu manakala wanita daripada seramai 177 (2012) kepada 231 pada tahun lalu. Soal siasat mendapati punca mangsa mudah ditipu disebabkan ingin mencari keseronokan selain memilih cinta alam maya tanpa memikirkan akibatnya. “Ada segelintir mangsa yang mengaku sekadar suka-suka kerana dapat berkenalan dengan wanita kacukan selain mahu mencuba bidang perniagaan atau pelaburan yang ditawarkan kononnya mampu menjadikan mereka kaya,” katanya.
|
2
Bagus |
3
Marah |
1
Terkejut |
2
Sedih |
6
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Ada segelintir mangsa yang mengaku sekadar suka-suka kerana dapat berkenalan dengan wanita kacukan selain mahu mencuba bidang perniagaan atau pelaburan yang ditawarkan kononnya mampu menjadikan mereka kaya,” katanya.-myMetro
ADVERTISEMENT