CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Anwar Bakal Dedahkan Lokasi Sebenar MH370

9-4-2014 01:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 41290| Komen: 555

Anwar Bakal Dedahkan Lokasi Sebenar Mh370 Khamis Nanti?

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan membuat pendedahan mengejutkan mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 minggu depan, dengan syarat BN menerima usul untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen Khamis nanti.

Ini adalah lanjutan dari pengesahan Anwar kepada akhbar The Telegraph semalam bahawa Putrajaya sememangnya ada menyembunyikan maklumat penting dalam kes kehilangan MH370 ini. Sudah tentu Anwar tahu apa yang Putrajaya cuba sembunyikan bila mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Tujuan pendedahan itu dibuat kerana Anwar nak menjawab kritikan pemimpin-pemimpin UMNO kononnya kenyataannya kepada The Telegraph tidak berasas dan bertujuan nak memburukkan imej negara.
Persoalan seterusnya, kenapa di Parlimen, kenapa tidak sekarang, ketika usaha mencari sedang giat berjalan di Lautan Hindi?

Selain dari itu, dalam pendedahan tersebut yang akan dibuat khamis nanti, Anwar akan turut mendedahkan beberapa maklumat sulit mengenai keupayaan radar negara bagi menunjukkan sememangnya lokasi pesawat itu diketahui kerajaan selama ini






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 9-4-2014 01:04 PM
ayoooo apa lg niii...
Quote tupaiterbang 9-4-2014 01:05 PM
byk dah tahu kt pulau perak..pehal nak bising2 lg
Quote prettymanja 9-4-2014 01:06 PM
Bio Betik, xsabo nk nunggu Khamis nie
Quote tupaiterbang 9-4-2014 01:07 PM
ini sume salah cirit sepol....cilakak punya anak haram!!!
Quote incek_akim 9-4-2014 01:07 PM
esok la "khamis ni" kan?
Quote tupaiterbang 9-4-2014 01:09 PM
MAS pun satu hal...tolong la periksa tahap psikologi mental pilot..
tgk apa sulah jadi??? apek2 meroyan...
Quote sepiITUindah 9-4-2014 01:11 PM
percaya ler sangat cakap nuar tu...kan dia agen Hai-O
Quote rashiman 9-4-2014 01:15 PM
Anwar tahu lokasi sebenar MH370.
Radar apa yg dia gunakan.

Beritahu ajelah, kat mana lokasinya, senang negara2 yg terlibat mencarinya.
Quote debab_78 9-4-2014 01:19 PM
rashiman posted on 9-4-2014 01:15 PM
Anwar tahu lokasi sebenar MH370.
Radar apa yg dia gunakan.


kan.. gtau je skrg.. xyah la satu dunia tercari2. sian lak askar2 bsabung nyawa kat lautan hindi tu...
Quote alesandra 9-4-2014 01:20 PM
cheh sumber dari blog...ingatkan otosan
Quote tupaiterbang 9-4-2014 01:20 PM
Polis Diminta Siasat Anwar Dedah Lokasi MH370

http://www.rakyatnews.my/index.p ... 8Rakyat+News+RSS%29
Quote martiena 9-4-2014 01:23 PM
x sabar eh tggu esk .........
Quote Nape?Tak caye? 9-4-2014 01:23 PM
hari isnin tadi ada orang kata kat facebook ..rupa tupanya kluar juagak kat CI
Quote zzola 9-4-2014 01:25 PM


tak payah percaya

ini agen amerika
agen yahudi
Quote alesandra 9-4-2014 01:26 PM
Namun, kebenaran berita tersebut masih belum diketahui kerana kesemua laporan tersebut tidak memaklumkan bila dan kepada siapa Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut.
org kata kalo org fasik bawak berita kena siasat.so when,where and how?
Quote unekspekted_XII 9-4-2014 01:26 PM
same je cite 16 Mei.. last2 berbondong2 macai kene tipu pun masih terkinje2kan anwar ni
Quote FanTasyCreaTioN 9-4-2014 01:26 PM
tupaiterbang posted on 9-4-2014 01:20 PM
Polis Diminta Siasat Anwar Dedah Lokasi MH370

http://www.rakyatnews.my/index.php/20140408160642/p ...

kiter tolong tepek yer



KUALA LUMPUR 8 April - Pihak berkuasa perlu menyiasat sejauhmana kebenaran dakwaan laporan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pendedahan mengejut mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu, di Dewan Rakyat minggu depan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, kenyataan tersebut yang dilaporkan oleh beberapa portal berita dan laman blog dikhuatiri boleh menjejaskan usaha pencarian pesawat tersebut yang turut membabitkan negara asing.

"Dakwaan itu amat serius, jadi saya mahu polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Anwar.

"Dakwaan kononnya Anwar mengetahui lokasi pesawat berkenaan juga seolah-olah mempersenda-sendakan waris dan keluarga penumpang yang malang itu," katanya menerusi laman blog miliknya hari ini.

Beliau menjelaskan, dakwaan tersebut yang tersebar luas di laman-laman sosial juga boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara luar.

"Mungkin ini satu pembohongan yang dirancang kerana Anwar sememangnya kaki pembohong, tetapi apabila membabitkan pesawat yang hilang, ianya satu perkara serius dan perlu segera disiasat," ujarnya lagi.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar akan membuat pendedahan mengejut mengenai lokasi pesawat tersebut di Dewan Rakyat Khamis ini.

Namun, kebenaran berita tersebut masih belum diketahui kerana kesemua laporan tersebut tidak memaklumkan bila dan kepada siapa Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, Syed Ali kesal kerana pembangkang menjadikan isu kehilangan pesawat MH370 sebagai modal politk untuk memburukkan kerajaan.

"Dalam kes Anwar yang kononnya tahu di mana lokasi tersebut, saya lihat ianya satu provokasi jahat untuk mencemarkan imej negara," tegasnya.

Dalam hubungan ini, beliau meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap Anwar berhubung penyebaran laporan yang mendakwa beliau akan membuat pendedahan Khamis ini.

Tambahnya, Anwar pernah beberapa kali berbohong apabila beliau sebelum ini beraia-ia mendakwa akan menguasai Putrajaya dan seterus menjadi Perdana Menteri.

"Anwar merupakan pengkhianat yang sanggup lakukan apa sahaja untuk berkuasa," tegasnya.




Quote highcastle 9-4-2014 01:29 PM
tupaiterbang posted on 9-4-2014 01:20 PM
Polis Diminta Siasat Anwar Dedah Lokasi MH370

http://www.rakyatnews.my/index.php/20140408160642/p ...

Biasanya berita camni, awal2 dah ada kat Otosan, Benama, Sinar Harian dan sewaktu dengannya... Tak tahulah rakyatnews lagi handal............
Quote mamanurulhasbi 9-4-2014 01:30 PM
awat muka dia makin lama macam org jahat je

Lihat semua komen(555)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.085356 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top