Kuala Lumpur: Hadiah satu tong arak dan baucar mencacah tatu. Itulah yang ditawarkan penganjur parti bogel untuk pemenang pertandingan tarian lucah dijadualkan Jumaat ini di pusat hiburan terkenal di Jalan Ampang, di sini dan lebih teruk iklan berkenaan disebarkan terang-terangan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat tempatan.
Iklan memaparkan wanita berpakaian bikini dengan aksi mengghairahkan di samping lukisan perempuan menutup buah dada di sudut atas iklan itu mula tersebar di laman sosial sejak semalam. ANGGOTA penguat kuasa DBKL menurunkan iklan parti liar di Jalan Ampang. Berlatar belakang warna matahari terbit, parti diberi nama ‘Topless Friday Beach Party’ itu, mengandungi tawaran melampau untuk menarik pengunjung termasuk digalakkan berbogel, kod pakaian iaitu berbikini (perempuan) atau boxer (lelaki) sambil memberikan peringatan lebih menjolok mata lebih digalakkan, jika berpakaian dikenakan caj RM35, minuman arak percuma untuk wanita manakala bagi pemenang tarian lucah menerima hadiah satu tong arak dan baucer mencacah tatu.
Parti dianjurkan di pusat hiburan berhampiran Kampung Berembang di sini, yang jelas tidak bermoral dan dijadualkan bermula jam 8 malam hingga kemuncaknya jam 12 tengah malam itu juga akan dimeriahkan beberapa deejay ternama di ibu kota. Menurut seorang pekerja enggan dikenali berusia 40-an, pusat hiburan terbabit sebenarnya sudah menganjurkan parti seumpamanya hampir setiap minggu sejak setahun lalu.
|
totokreturn posted on 8-4-2014 11:37 AM
eekeke... saya baru nak balas mesej akak.. nih bukan kat ampang cik kak.. ini jalan ampang.. dalam ...
totokreturn posted on 8-4-2014 11:37 AM
eekeke... saya baru nak balas mesej akak.. nih bukan kat ampang cik kak.. ini jalan ampang.. dalam ...
ADVERTISEMENT