Kuala Lumpur: “Ramai lagi penduduk di sini, yang tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana ia bukan saja menyebabkan kawasan sekitar tasik menjadi lebih sesak dengan pengunjung, malah bunyi bising helikopter pasti mengganggu keamanan di sini,” kata R Kahbillan, 26, antara penduduk di kawasan perumahan sekitar Taman Tasik Titiwangsa di sini, ketika ditanya mengenai pembinaan tapak Heli City Tour di sini, semalam. Menurutnya, projek pembinaan tapak landasan helikopter komersial di tasik berhampiran rumahnya itu tidak sesuai kerana hanya mengganggu ketenteraman penempatan di sekitar kawasan itu. “Dulu projek Ferris Wheel Eye On Malaysia pun dibina di sini, tetapi kini tiada lagi kerana sejak diadakan, kawasan ini menjadi sangat sesak dengan kenderaan dan pengunjung, malah jaminan keselamatan mengenai penduduk yang tinggal di sini juga tiada,” katanya. Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali turut tidak bersetuju jika projek itu diteruskan kerana bakal membahayakan nyawa pengunjung di tasik berkenaan. Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu menyediakan pelan khas terutama dari aspek keselamatan penduduk dan pengunjung jika berhasrat mahu meneruskan projek itu. Bagaimanapun, bagi seorang pengunjung dari Perak, Wan Nurazizah Wan Ibrahim, 33, dia menyokong usaha kerajaan bagi menarik lebih ramai pelancong dengan projek terbaru itu. “Bagi saya, ia satu pembaharuan untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini, belum cuba belum tahu keberkesanannya terhadap impak industri pelancongan negara kita,” katanya yang bercuti ke ibu negara bersama keluarga. Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, projek berkenaan tetap diteruskan di tasik itu meskipun menerima bantahan penduduk berhampiran. Menurutnya, tasik berkenaan di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kawasan perumahan itu bukan kawasan ekslusif untuk penduduk setempat saja. Tahun lalu, DBKL memperkenalkan pakej Heli City Tour yang menjadi antara pakej pelancongan terbaru ditawarkan kepada pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014). LOKASI tapak Heli City Tour di Taman Tasik Titiwangsa.
|
13
Bagus |
19
Marah |
28
Terkejut |
13
Sedih |
21
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
md_nana posted on 8-4-2014 08:40 AM
Yg menentang org tasik titiwangsa.
Tiba2 ade sorg yg menyokong.
Org perak rupanye yg sokong.
baghal_bortuqal posted on 8-4-2014 10:54 AM
tak kene batang hidung dia buleh la cakap belum cuba belum tahu.
apa punya bodoh punya komen. h ...
bluberi posted on 8-4-2014 08:15 AM
nasib malang le beli umah area situ
eye on m'sia dh takde, nk jadik tempat heli landing pulak
taji2906 posted on 8-4-2014 08:48 AM
menteri yang tak dengar rintihan, aduan rakyat.... dia tau projek masuk duit ja... puiii...
dia pat ...
ADVERTISEMENT