Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menjamu selera menikmati menu nasi kandar yang popular di negeri ini iaitu Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling dalam rangka lawatan kerja dua harinya ke negeri ini. Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua orang anaknya iaitu Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev serta Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit. Mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan antaranya ayam goreng, telur masin, kari ikan, sambal sotong dan sayur bendi. Perdana menteri dan keluarganya kelihatan teruja menikmati hidangan itu memandangkan beliau sememangnya merancang untuk menikmati kelazatan nasi kandar Pulau Pinang. "Alhamdulillah...hajat saya tercapai, dapat makan nasi kandar. Nasi ini memang sedap, original...tapi kena makan di kedai baru puas, nak bawa balik hotel tak boleh," katanya kepada pemberita selepas selesai menjamu selera di restoran Nasi Kandar Beratur di Pulau Pinang malam tadi.
|
BENTARA posted on 12-2-2013 12:51 AM
bawak skali bakal menantu ke tu brickfield....
ajak dia makan roti najib....
dan kenali dengan rot ...
blazzard posted on 12-2-2013 01:04 AM
roti najib tuh roti kosong kan..roti takder telor..kalau roti rosmah roti mender?
ADVERTISEMENT