KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia pada Khamis melancarkan model baharu Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV), BMW X5 dengan penambahan kemasan dan reka bentuk lebih sporty serta mewah.
Model generasi ketiga itu didatangkan dengan dua varian - BMW X5 xDrive35i dan BMW X5 xDrive30d masing-masing pada harga RM598,800 dan RM558,800 di atas jalan, tidak termasuk insurans.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Gerhard Pils berkata, kemunculan model baharu itu melebarkan peranan BMW selaku peneraju dalam industri automotif premium menerusi prestasi dan kecekapan yang ditambah baik, bersama kualiti pengendalian, keselesaan, versatiliti dan ambien mewah yang dipertingkatkan. “Sejak diperkenalkan pada 1999, BMW X5 kekal menjadi peneraju dalam segmen SAV premium sehingga ke hari ini. Malah BMW X5 dikenali sebagai The Boss," kata Pils. Beliau berkata demikian pada sidang media memperkenalkan model baharu itu di sini, Khamis.
|
12
Bagus |
17
Marah |
5
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT