Penumpang MH370 sepatutnya bersara 1 April KUALA LUMPUR - Semalam merupakan tarikh persaraan pilihan bagi penumpang pesawat MAS MH370 Noorida Mohd Hashim, 57, sebagai setiausaha kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Noorida yang bertugas dengan DBKL sejak 36 tahun lalu, menyertai pihak berkuasa pada 1978 dan menggunakan cuti sebelum bersaranya untuk melancong ke Beijing, China. Katanya Noorida, adik ipar kepada Pengerusi Kumpulan Modal Perdana Datuk Mohamed Ramli Abbas, bercuti bersama-sama kakaknya, Datin Biby Nazli Mohd Hassim, 62, yang juga isteri Mohamed Ramli, berserta dua anak mereka Maria Datuk Mohamed Ramli, 32, dan Dina, 30. Tengku Adnan berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan DBKL bagi membantu meringankan beban keluarga Noorida berikutan tragedi pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lepas. Sumbangan itu disampaikan kepada sepupu Noorida, Faridah Badur di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. Sementara itu, Faridah yang mengucapkan terima kasih atas sumbangan DBKL berkata keluarganya masih berharap Noorida dan kakaknya berserta dua anak saudaranya dalam keadaan selamat. Beliau juga turut berterima kasih kepada seluruh masyarakat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik bagi kesemua 227 penumpang dan 12 anak kapal Penerbangan MH370. Pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". Kerjasama negara mencari MH370 'luar biasa' - PM Australia PERTH 3 April - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott hari ini menyifatkan kerjasama semua negara dalam misi pencarian MH370 sebagai hubungan antarabangsa yang 'luar biasa. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=795162&extra=&page=1
|
ADVERTISEMENT