Mulakan hari anda dengan sarapan pagi aiskrim. Mengapa tidak? Apa kata sekali-sekala anda mencuba sesuatu yang baru dan kreatif apabila bersarapan pagi. Jadi apa salahnya jika sarapan pagi anda adalah aiskrim buahan-buahan yang dibuat sendiri.
Di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana hendak membuat aiskrim yang sihat tetapi sangat enak.
Caranya, masukkan yogurt dan buah-buahan ke dalam pengisar dan kisarkannya sehingga ia sebati. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan aiskrim.
Jika anda tidak mempunyai acuan aiskrim, anda juga boleh menggunakan cawan plastik. Untuk menyihatkan lagi aiskrim anda, potong buah-buahan seperti kiwi, pisang, strawberi mangga atau anggur ke dalam acuan aiskrim.
Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga ia membeku.
Anda juga boleh menikmati aiskrim ini dengan meyalutkannya dengan madu dan taburkan kacang badam kisar atau bijirin oat sebagai 'toppings'. Selamat mencuba!
|
8
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
12
Sedih |
15
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
purpledesire posted on 23-3-2014 03:52 PM
tu la psl tt..takot sakit perut jer nanti kalo mkn aiskrim pg2..huhuu
qasehnuramy posted on 23-3-2014 03:55 PM
perut kita org malaysia ni pepagi kena mkn roti canai ke ns lemak ke teh ais ke ok la....
klu mas ...
qasehnuramy posted on 23-3-2014 04:17 PM
tp kan cik purple apa kata kita buat kelainan... ^^ amacam??
akuMNdia posted on 24-3-2014 03:53 PM
aku suka jer mkn aiskerim tak kira masa...
tp sbb tgh sibuk nak kuruskan badan..terpaksa tolak tepi ...
qasehnuramy posted on 25-3-2014 11:35 AM
pagi2 mkn aiskrim x???apa perasaan dia ek???teringin nk tahu
kumang posted on 24-3-2014 10:36 AM
klau x krn nak jaga bdn aku bedal airkrim ni x kira masa since aku ni memang kaki aiskrim {:mlpomelo ...
ADVERTISEMENT