CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Insiden Terowong: Jdt Sekadar Didenda Rm30,000

2-4-2014 04:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7429| Komen: 53

Description: Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak Berkata, Tiada Sebarang Pertuduhan Dikenakan Terhadap Mana-Mana Individu Yang Terlibat Dalam Insiden Berkenaan. "Kes Ini Sedang Disiasat ...



PETALING JAYA - Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya dikenakan denda sebanyak RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung 'insiden terowong,' manakala tindakan ke atas individu yang didakwa terlibat dalam kejadian itu akan dibuat hanya selepas kes itu diputuskan oleh Peguam Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.
"Kes ini sedang disiasat oleh dua pihak iaitu pihak polis dan FAM, hasil siasatan polis telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.


"Jadi Jawatankuasa Tatatertib berpendapat adalah wajar untuk menangguhkan terlebih dahulu siasatan terhadap individu-individu yang terbabit kerana tidak mahu ada dua keputusan berlainan.

"Jawatankuasa Tatatertib akan membiarkan pihak polis menyelesaikan siasatan mereka dan jika pihak polis mengambil tindakan, kami akan mengambil langkah yang sama kerana kami boleh bangkitkan perkara ini dalam tempoh dua tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM selama hampir 11 jam, yang berlanjutan sehingga pukul 8.30 malam ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 2-4-2014 11:24 AM
Perbezaan antara darah jenis  O, A, B , AB dan jenis darah yg xde dlm buku teks bio
Quote jengkoil 2-4-2014 11:25 AM
Diseru seru peyno tu... dh kuar dari tahanan ke?
Quote perang_candu 2-4-2014 11:27 AM
ini barulah betul betul luaskan kuasa.. Kuasa FAM pon nan hado.
Quote dino 2-4-2014 11:29 AM
please tempek gambo makhluk berbulu bigfoot tuh...
Quote -electrifying- 2-4-2014 11:32 AM
lanun luaskan kuasamu.
Quote jofizo 2-4-2014 11:35 AM
last2 sapu bawah karpet........
Quote freebird 2-4-2014 11:35 AM
Jaguh dalam terowong, tapi lembek di padang...
Quote cmf_kunyit 2-4-2014 11:36 AM
kira setoff je la nnt...
Quote TigerFeith 2-4-2014 11:38 AM
dino posted on 2-4-2014 11:29 AM
please tempek gambo makhluk berbulu bigfoot tuh...

Bigfoot kacukan ayam katik ke?
Quote Lavender_Violet 2-4-2014 12:02 PM
Muntah darah dgn team ni!
Quote pisang69 2-4-2014 12:07 PM
cepat tabur garam......
Quote taikor 2-4-2014 12:12 PM
kena buat upacara tabur garam kat Stadium Larkin la lepas ni
Quote highcastle 2-4-2014 12:32 PM
Den sebagai rakyat Johor pun naik menyampah perangai fanatik2 JDT ni. Den pun sokong JDT jugak tapi dek perangai sesetengah cam bebudak naik menyampah pulak, rasa hepi pulak kalau JDT menang atau kalah..............
Quote highcastle 2-4-2014 12:33 PM
pisang69 posted on 2-4-2014 12:07 PM
cepat tabur garam......

Bisa diatur..............


Quote pisang69 2-4-2014 12:41 PM
highcastle posted on 2-4-2014 12:32 PM
Den sebagai rakyat Johor pun naik menyampah perangai fanatik2 JDT ni. Den pun sokong JDT jugak tapi  ...

hahah..aku pun sama...tu malas nak baca komen2 sengal kt fanpage diorg...sembang nak kencang.bak kata peyno.....munkin wa dh tua...tu yg kemaruk dah kureng...

wa ikut tim johor ni dh lama..dr zaman semipro...zaman stadium jd port org dating, zaman wa panjat stadium sbb nak tgok free, gigih siot..kahkah......

udahnya...tgok match sambil mkn kuaci lg baek....




Quote jonkunyit 2-4-2014 12:58 PM
boleh kau orang ceritakan pasal isu terowong ini?
Quote highcastle 2-4-2014 01:08 PM
pisang69 posted on 2-4-2014 12:41 PM
hahah..aku pun sama...tu malas nak baca komen2 sengal kt fanpage diorg...sembang nak kencang.bak k ...

Aku masa zaman Khalid Shahdan ngan Nasir Yusop.. Johor masa tu menang dapat cuti sehari............. Masa tu terpaksa dengar radio nak tahu secara langsung perlawanan bolasepak..............
Quote jengkoil 2-4-2014 01:08 PM
jonkunyit posted on 2-4-2014 12:58 PM
boleh kau orang ceritakan pasal isu terowong ini?

Ko ni baru lahir ke baru pandai membaca?
Quote jonkunyit 2-4-2014 01:18 PM
jengkoil posted on 2-4-2014 01:08 PM
Ko ni baru lahir ke baru pandai membaca?

kenapa awak tanya begitu?

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.056947 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top