CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Antara Ikhwanul Muslimin yang Dijatuhkan Hukuman Mati

31-3-2014 03:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7278| Komen: 28

Loading FB Video...


Antara Ikhwanul Muslimin yang Dijatuhkan Hukuman Mati


Hukuman mati dikecam tidak adil

MASYARAKAT dunia dikejutkan dengan keputusan terhadap 529 penyokong gerakan Ikhwanul Muslimin (IM) yang dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Minya, Isnin lalu.

Bagaimanapun, perbicaraan ke atas 683 penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie yang diadakan sehari selepas itu ditangguhkan kepada 28 April depan.


Perbicaraan besar-besaran ke atas lebih 1,200 penyokong pro-Mursi di selatan wilayah Minya tersebut dibuat selepas mereka dituduh memusnahkan harta benda awam dan merusuh hingga menyebabkan dua anggota keselamatan terbunuh, Ogos lalu.

Ribuan defendan yang dibicarakan secara berasingan itu adalah antara lebih 16,000 penduduk Mesir yang diberkas sejak lapan bulan lalu.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, kira-kira 3,000 daripadanya adalah pemimpin dan anggota kanan IM.

Banyak pihak mengkritik hukuman mati dikenakan ke atas lebih 500 penyokong IM itu kerana mereka turut mempertikaikan prosiding perbicaraan itu yang didakwa tidak mengikut prosedur.

Sementara itu, akhbar al-Ahram melaporkan mahkamah akan mengeluarkan keputusan muktamad selepas Mufti Besar Mesir membenarkan hukuman itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Jika ia tidak diluluskan, kesemua defendan boleh mengemukakan rayuan untuk mengurangkan hukuman atau mengadakan perbicaraan semula.

Persoalannya kini, adakah hukuman mati itu akan dilaksanakan walaupun ia sebenarnya satu bentuk hukuman yang jarang berlaku di negara itu.

Bagaimana perbicaraan itu diadakan?

Mahkamah di Minya dikecam kerana membuat keputusan terburu-buru dengan dua sesi perbicaraan dalam tempoh kurang seminggu.

Difahamkan, mahkamah tidak memberi peluang kepada peguam memberi hujah pembelaan selain tidak memanggil defendan memberi keterangan yang jelas menunjukkan kelemahan sistem keadilan di Mesir.

Pakar Sejarah Undang-undang Mesir, Khaled Fahmy memberitahu, kumpulan peguam mewakili kesemua defendan juga tidak dibenarkan masuk ke kamar mahkamah ketika keputusan mengejutkan itu diumumkan.

Seorang daripada defendan yang enggan mendedahkan identitinya menyifatkan keputusan itu sebagai tidak adil dan tuduhan ke atas mereka juga tidak berasas.

"Nama saya mungkin tersenarai kerana saya merupakan anggota pakatan antirampasan kuasa. Seramai 10 anggota kami juga terbunuh ketika insiden pertempuran tersebut, namun pihak yang bertanggungjawab tidak dibawa ke muka pengadilan," katanya.


1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pestol 31-3-2014 03:09 PM
mintak maaf nk komen...ade jgk terbace brite..kehilangan mh 370 d sbb nk mengaburi mata dunia dr isu 529 ni...ini sume keje dorg nk tutup cerita...tp ini juga takdir...beristighfar lah...kite d hujung zaman...perbanyak kn membace 10 ayt awl n akhir surah al kahfi mengelak fitnah dajal...sekadar coretan...maaf andai tersilap...
Quote melia_star 31-3-2014 03:14 PM
depa ni sgt gila....mana mungkin seramai 529 org bleh dijatuhkn hukuman dlm masa yg sama??? ni jenayah melampau terang2an dah ni.....semoga Allah membalas perbuatan kejam regim ni.....laknatlah depa...
Quote AngsaMerah 31-3-2014 03:22 PM
Pilu hati melihat mereka ini syahid. Yakinlah saudaraku, jannah menunggumu. Salah seorang daripadanya ada lah Dr Sofwan Hijazi. Dlm video ni diminit ke 1.09http://www.youtube.com/watch?v=Rb1tG0WlBaM
Quote pakwetizzaqyah 31-3-2014 04:39 PM
firaun moden
Quote stania83 31-3-2014 04:46 PM
kita tengok grand mufti depa kasi ke tak jatuhkan hukuman.
Quote scarflicious 31-3-2014 04:46 PM
tak terkata...

Quote Vellfire 31-3-2014 04:53 PM
orang yg hebat dapat ujian yg hebat…

Last edited by Vellfire on 1-4-2014 08:27 AM

Quote pestol 31-3-2014 04:53 PM
pakwetizzaqyah posted on 31-3-2014 04:39 PM
firaun moden

Screenshot from 2014-03-31 14:29:54.png

Gambar siapa la ni? baru aktif balik ya
Quote ikan_kaghing 31-3-2014 09:44 PM
Tengok bulu ketiak tu terus tak selera nak komen
Quote revolusi_30 31-3-2014 09:47 PM
IM ne kumpulan pengganas bukan ...? Seperti yg Amrika senaraikan ..
Quote sup@rm@n 1-4-2014 12:36 AM
Mesir sudah jadik kerajaan boneka amerika dan israel
Quote Dasawarsa 1-4-2014 01:17 AM
Vellfire posted on 31-3-2014 04:53 PM
Innalillah dan Al Fatihah buat 529 anggota Ikhwanul Muslimin yang syahid.

sedih dgn apa yang ber ...

Diorang hidup lagi dik...antara 529 yang kena hukuman mati tu, ramai lagi yang bebas belum kena tahan pun.

Hukuman tu boleh appeal dan kena tunggu kelulusan mufti. Bulan depan baru tgk keputusan. Kalau baca betul2 news tu, kemungkinan besar hukuman tu akan ditarik balik.

Sebab tu dalam Islam, disuruh membaca, teliti, bukan main percaya je semua benda. Cerita bohong yang dipalit dgn tulisan arab, takbir, ayat2 Islam tak menghalalkan cara dan tetap dianggap menipu.



Quote totokreturn 1-4-2014 01:22 AM
tapi macai UMNO pakat2 dok kutuk bila PR bantah dekat kedutaan mesir tahanan pembelaan mursi nih dijatuhkan hukuman mati.....
Quote pyropura 1-4-2014 01:23 AM

al-Sissi laknatullah...



Quote machiko 1-4-2014 01:32 AM
pyropura posted on 1-4-2014 01:23 AM
al-Sissi laknatullah...

http://www.veteranstoday.com/2013/09/16/al-sisi-jew/

No surprise...
Quote Vellfire 1-4-2014 08:31 AM
Dasawarsa posted on 1-4-2014 01:17 AM
Diorang hidup lagi dik...antara 529 yang kena hukuman mati tu, ramai lagi yang bebas belum kena ta ...


baca kat mana2 blog mcm ader gambar aisehhh

ok tq2


Last edited by Vellfire on 1-4-2014 09:08 AM

Quote Firenzza 1-4-2014 09:04 AM
Vellfire posted on 1-4-2014 08:31 AM
baca kat mana2 blog mcm ader gambar aisehhh

ok tq2

....tumpang tanya sisi tu kapir lehehat ke?
Quote indras 1-4-2014 09:05 AM
pestol posted on 31-3-2014 03:09 PM
mintak maaf nk komen...ade jgk terbace brite..kehilangan mh 370 d sbb nk mengaburi mata dunia dr isu ...

maaf nak sokong jugak statment ni..yakin sangat2 ..kalo tak pasal ni pun pasti ade hal lain...'ader sesuatu' di luar sana..
Quote zamnie 1-4-2014 09:08 AM
Ya Allah... sedeynye tgk!! semoga jannah lah tmpt mrk2 ni...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.079769 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top