CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Lotus Lancar Exige S Roadster Baharu

31-3-2014 03:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4884| Komen: 0

LOTUS lancar Exige S Roadster baharu





LOTUS CARS MALAYSIA hari ini telah memperkenalkan Exige S Roadster baharu untuk pasaran Malaysia. Penasihat PROTON YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, telah melancarkan model tersebut di bilik pameran perdana Lotus yang terletak di Penchala, Kuala Lumpur.

Exige S Roadster melengkapkan barisan kuartet Exige, Exige S, Exige Cup dan Exige Cup R. Dikuasakan oleh enjin 3.5L V6 yang dilengkapi dengan Harrop HTV 1320 Supercharger dengan berat yang kurang 10kg daripada Exige S. Mampu memecut dari 0-100 km/h dalam masa hanya 3.9 saat, ia mampu mengerah 345 kuasa kuda pada 7000 rpm (350 PS) dan 295 lb ft daya kilasan pada 4500 rpm.




Harga bagi  Exige S Roadster baharu bermula dari RM452,030.00 ( * Harga tidak termasuk insurans, cukai jalan, bayaran pendaftaran, bayaran inspection, nombor plet, pendaftaran lain dan caj penghantaran. Termasuk jaminan pengeluar tiga tahun atau 100,000 km, yang mana lebih dahulu.)

Spesifikasi :

  • Enjin : 3.5 litre 24 injap DOHC V6 dual VVT-I, 24 injap dilengkapi dengan Harrop HTV 1320 Supercharger.
  • Transmisi : 6-kelajuan manual dengan nisbah sport
  • Prestasi :
  • 0-100 km/h 3.9 saat
  • Kelajuan Maksimum 233 km/h (145 mph)
  • Kuasa Maksimum 345 hp pada 7000 rpm (258 kW) (350 PS)
  • Kilasan Maksimum 295 lbft pada 4500 rpm (400Nm)


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.057697 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top