CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkejut Tersua Makhluk Api Di Tengah Jalan

26-3-2014 09:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7748| Komen: 44

Kulim: “Ketika membuka pintu rumah saya terkejut melihat tompokan api bergerak di atas jalan sambil mendengar jeritan manusia.

“Selepas itu saya melihat api itu secara tiba-tiba berhenti dan terpadam sendiri, saya bersama jiran pergi ke arah api itu dan terkejut apabila melihat seorang lelaki terbaring dengan kesan kebakaran di seluruh bahagian atas badannya,” kata seorang lelaki enggan dikenali mengenai kejadian seorang lelaki yang terbakar dalam kejadian di Taman Selasih, di sini, semalam.


Dalam kejadian pada jam 3.15 pagi itu, mangsa berusia 54 tahun yang melecur dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut lelaki terbabit, dia mendengar suara orang menjerit di hadapan kawasan perumahan mereka lalu membuka pintu rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Katanya, keadaan di luar gelap dan dia hanya nampak seperti tompokan api di hadapan rumahnya namun pelik kerana api itu bergerak.
“Selepas itu saya terus memanggil jiran untuk melihat kejadian itu.

Saya terkejut melihat seorang lelaki yang mengalami kesan melecur dari bahagian perut sehingga ke kepala akibat kesan kebakaran.
“Saya enghubungi ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk meminta bantuan serta menghubungi anggota polis,” katanya yang ditemui, di sini, semalam.

Katanya, penduduk di kawasan itu hairan bagaimana lelaki terbabit boleh terbakar dan berada di kawasan perumahan mereka kerana difahamkan dia tinggal di kawasan taman bersebelahan dengan taman berkenaan.

Sementara itu, Pegawai JPAM Daerah Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.25 pagi daripada orang awam mengenai mangsa kebakaran di Taman Selasih.

Katanya, selepas menerima panggilan itu sebuah ambulans JPAM bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian dan menemui seorang lelaki dalam keadaan terlentang dengan kesan melecur di bahu jalan di taman perumahan terbabit.

“Anggota JPAM segera memberi bantuan kecemasan dan ketika itu mangsa masih sedar serta dalam keadaan kesakitan sebelum membawa mangsa ke Hospital Kulim (HK).

“Ketika sampai di hospital mangsa yang dalam keadaan sedar masih mampu memberi maklumat mengenai dirinya kepada petugas hospital dan JPAM.
“Hasil maklumat awal mangsa dipercayai berasal daripada Taman Angsana, di sini.

Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kesan melecur hampir 40 peratus dari bahagian perut sehingga kepala.

“Kami tidak tahu punca sebenar mangsa terbakar dan tidak menolak kemungkinan ia adalah cubaan bunuh diri,” katanya.-myMetro



ANGGOTA JPAM memberi bantuan kecemasan kepada mangsa dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.

8

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 26-3-2014 07:20 AM

ANGGOTA JPAM memberi bantuan kecemasan kepada mangsa dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.
Quote shahx 26-3-2014 07:26 AM
mcm stuntman pulak...
Quote FanTasyCreaTioN 26-3-2014 07:28 AM
bukan cubaan bunuh diri kot..
kalo yer .. takde nyer nak melompat2 taman
Quote nurul_akmar 26-3-2014 07:37 AM
ya Allah. hitam 1 badan. kesian sungguh
Quote ais_kosong 26-3-2014 07:48 AM
ngerinya tengok..
huhu
Quote haryatie 26-3-2014 07:57 AM
x kan nk bunuh diri kut..
kalau nak bunuh diri knpa nk jerit2 tarik perhatian org..
mesti ada yg buat kat dia..atau pun hasil dr perbuatan dia sendiri org balas dendam..
tp utk apa smpai bakar2...
dendam2 ni x sampai ke mana pun..akhirnya makan diri sendiri jugak..
Quote BelovedTaeyeon 26-3-2014 08:03 AM


[youtube]iNugIm_t-fc[/youtube]
Quote chinta89 26-3-2014 08:22 AM
hope ade up date psl kisah sebenar dia knapa jd mcm tu.

dia xde sedara mara ke nk update bgtau kisah sebenar?
Quote MissNigga 26-3-2014 08:26 AM
mujur idup lagi..kalo keadaan dia dah stabil karang, tau ler apa yang berlaku sebenarnya
Quote kambeng_masam 26-3-2014 08:39 AM
Spontaneous flame?
Quote cheeky_meal 26-3-2014 09:07 AM
haryatie posted on 26-3-2014 07:57 AM
x kan nk bunuh diri kut..
kalau nak bunuh diri knpa nk jerit2 tarik perhatian org..
mesti ada yg b ...

kan..xkn nk bunuh diri guna cara y tragis cm2 kan..xskt ke bakar diri sndiri..huhu..bek tembak xpun terjun bngunan 20 tgkat..cpt sket sakitnye..kan..
Quote prettyuglybabe 26-3-2014 09:07 AM
kasihan.. semoga selamat..
Quote azlinahmad 26-3-2014 09:11 AM
prettyuglybabe posted on 26-3-2014 09:07 AM
kasihan.. semoga selamat..

aminnnn.....
Quote niceghost2005 26-3-2014 09:30 AM
haryatie posted on 26-3-2014 07:57 AM
x kan nk bunuh diri kut..
kalau nak bunuh diri knpa nk jerit2 tarik perhatian org..
mesti ada yg b ...

Betoi........betoi

Pi kedai hardware, beli seutas tali nylon.........warna hijau size 50mm
Cari laa pokok kat tepi jalan...............ikat kat tengkok/leher, then antaq SMS sebelum gantung diri.
Mcm kat Sarawak/Sabah ker aritu.

Nak melucah skit sebelum mati............buka zip seluaq n keluaqkan tot tot tot

Baru laaa segala umat di situ akan tertanya tanya.
Kasi misteri skit laaa............alang alang nak kojol.

Quote NyuNyu 26-3-2014 09:44 AM
Kulim lagi.. Tembak sudah.. Bakar pun sudah.. Lepaih ni apa lagi mau
Quote solstice 26-3-2014 09:44 AM
Mangsa ni persis model tak?
Quote manehnya 26-3-2014 09:45 AM
taman selasih baq hang
Quote gula_tebu 26-3-2014 09:59 AM
haryatie posted on 26-3-2014 07:57 AM
x kan nk bunuh diri kut..
kalau nak bunuh diri knpa nk jerit2 tarik perhatian org..
mesti ada yg b ...

mungkin mula-mula niat tu nak bunuh diri, tup-tup bila api dah marah baru terasa nak cancel niat sbb tak tahan menanggung kesakitan, itu yang menjerit-jerit minta tolong tu.

sekian pendapat saya
Quote kucen_miang 26-3-2014 10:06 AM
MissNigga posted on 26-3-2014 08:26 AM
mujur idup lagi..kalo keadaan dia dah stabil karang, tau ler apa yang berlaku sebenarnya

tengah2 buat xperimen ilmu kebal kot. kot2 la api tu rasa sejuk ke apa.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057981 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top