Jika menyentuh mengenai rumput dan ulat, pasti ramai berpendapat kedua-duanya ialah hidupan yang berlainan antara satu sama lain. Tapi,bagaimana jika dua hidupan ini tergolong dalam satu spesis yang sama? Spesis berperwatakan berganda ini diberi nama Yartsa Gunbu. Namanya sahaja pun sudah cukup pelik, sama seperti karakter yang dimilikinya. Ia merupakan sejenis spesis ulat beluncas yang mempunyai dua cara hidup unik. Pada musim panas, spesis ini akan hidup sebagai ulat di dalam tanah. Ketika musim sejuk pula ia akan keluar daripada habitat lamanya dan bertukar menjadi tumbuhan seperti rumput. Persoalannya, kenapa haiwan itu mengubah dirinya menjadi yang lain? 'Ulat' yang dimaksudkan itu merupakan beluncas ataupun peringkat larva yang merujuk kepada satu spesis rama-rama. Haiwan ini dikenali sebagai 'Ghost moth' atau rama-rama hantu dari genus Thitarodes dan dikelaskan di bawah keluarga Hepialidae daripada order Lepidoptera. Beluncas ini dikenal pasti mempunyai hubungan parasit secara endoparasit (parasit dalaman) dengan spesis kulat Yartsa Gunbu dan Cordyceps Sinensis. Dalam erti kata lain, larva atau beluncas tadi menjadi perumah secara semula jadi ke atas spesis kulat dan seterusnya akan membiak dan berkembang melalui pembentukan spora. Secara tidak langsung, perkembangan kulat tadi akan membunuh beluncas dengan cara membaluti atau menutupi permukaan perumah. Apa yang menariknya, pembentukan kulat tersebut hanya akan terbentuk bermula di bahagian segmen hadapan atau kepala beluncas, iaitu di bahagian anterior dan kemudian membalut keseluruhan badannya. Jelas beliau lagi, spesis larva ini banyak ditemui di kawasan pergunungan China yang beraltitud tinggi sekitar 3,000 hingga 5,000 meter daripada paras laut.
|
twins posted on 25-3-2014 03:39 PM
maknanya bila ulat beluncas tu dah berubah menjadi rumput maka berakhirlah riwayat dia ye ? atau di ...
twins posted on 25-3-2014 03:49 PM
ataupun tak sempat nak jadi ulat balik dah jadi makanan penduduk China la kot ? tu banyak2 yg dor ...
ADVERTISEMENT