CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

MH370: Kotak Hitam Bakal Rungkai Misteri

25-3-2014 11:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3974| Komen: 1

MH370: Kotak Hitam Bakal Rungkai Misteri

Kotak Hitam dari pesawat MH370 bakal merungkai misteri mengenai apakah yang sebenarnya telah berlaku dalam pesawat yang sepatutnya mendarat di Beijing itu.
   

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines sejak 16 hari lepas, terjawab pada malam Isnin menerusi pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Berdasarkan rumusan itu hanya kotak hitam pesawat Boeing 777-200ER berkenaan yang dapat menjawab misteri kehilangannya sejak awal pagi 8 Mac lepas.

Perdana Menteri pada Isnin malam berkata berdasarkan taklimat Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan analisis lanjut data oleh Inmarsat, kesimpulan dibuat bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

"Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.


Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam penerbangan ke Beijing apabila dilapor hilang daripada radar kira-kira 1.30 pagi 8 Mac, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sejak hari pertama kehilangannya, lebih 12 negara membantu Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut.

Pada Isnin, pesawat Australia dan China masing-masing mengesan beberapa objek yang terapung di selatan Lautan Hindi, namun belum diambil.

Pihak berkuasa Malaysia akan mengadakan sidang media esok untuk menjelaskan butiran lanjut mengenai perkembangan terbaharu itu.

MH370: Cuaca Buruk, Pencarian Hari Ini Ditangguhkan

KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat MH370 ditangguh pada Selasa berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Ia berkata keadaan laut bergelora hari ini dengan ombak setinggi dua meter hingga mencecah empat meter.

Kawasan itu juga diramal mengalami tiupan angin kencang sehingga 80 kilometer sejam, beserta hujan lebat dan awam yang rendah dengan ketinggian antara 200 dan 500 kaki dari paras laut.

"AMSA telah membuat penilaian dan mengambil keputusan keadaan cuaca sekarang akan menyebabkan sebarang aktiviti pencarian udara dan laut berbahaya dan mendatangkan risiko kepada kru.

"Oleh yang demikian, AMSA menangguh semua operasi mencari di laut dan udara hari ini ekoran keadaan cuaca sebegini," katanya dalam satu kenyataan.

http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=10311


Bagus
5

Marah
13

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Shahreen74 26-3-2014 12:16 PM
Klu betul pesawat terjunam ke dasar lautan Hindi tu.. mcmmana la nak tau kedudukan & nak ambik pesawat tu naik atau nak amik kotak hitam tu.. sedangkan bila tengok video keadaan lautan Hindi tu yg bergelombang tinggi.. & luasnyer lautan tu.. dalamnyer dasar lautan itu.. emm.. hanya doa yg mampu.. minta Allah timbulkan kembali pesawat MH370 tu.. dengan kuasa Allah segalanya boleh.. mari la kita berdoa beramai-ramai.. #PRAYFORMH370#

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.031010 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top