Menurutnya, dia menemui perahu berkenaan bersama beberapa serpihan pinggan mangkuk dan botol serta terompah kayu ketika mencari ikan di sungai yang terletak berdekatan rumahnya pada jam 5.30 petang, 14 Mac lalu. Katanya, dia ke sungai berkenaan bersama lima rakannya untuk mencari ikan berikutan paras air yang surut susulan kemarau. “Tidak lama kemudian, saya ternampak sebatang kayu besar timbul dan membawanya pulang ke rumah kerana bercadang untuk dijadikan pagar kebun sayuran saya. “Dengan bantuan rakan lain, kami cuba menariknya tetapi terlalu berat. Apabila menyimbahnya dengan air sungai untuk melihat apakah sebenarnya kayu yang kami tarik itu, saya terkejut apabila mendapati ia sebenarnya sebuah perahu.
|
kenarikelabu posted on 25-3-2014 09:37 AM
Uiihh....ni perahu zaman Ahlil Nujum Pak Belalang nih.....
saladin780 posted on 25-3-2014 09:57 AM
mcm mana tau tu perahu purba..nampak cam perahu biasa je
ADVERTISEMENT