CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Honda City Baharu Di Lancarkan Di Malaysia Bermula Rm75,800

24-3-2014 05:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20119| Komen: 21

Akhirnya Honda City serba baharu yang dinanti-nantikan selamat ‘mendarat’ ke pasaran Malaysia pada hari petang ini. City generasi keempat ini telah pun menerima tempahan sebanyak 1,800 unit dan ia merupakan respons yang cukup positif selepas dipromosikan diperkenalkan dalam satu majlis bersama pihak media bulan lalu.

Menawarkan empat varian iaitu City S, City S+, City E dan City V, yang dilengkapi segala keperluan mengikut standard semasa. Ia dijanakan oleh enjin yang telah diberi penambah baikan iaitu 1.5L SOHC I-VTEC yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 120 PS pada 6,600 rpm dan puncak tork 145 Nm pada 4,600 rpm

Untuk pasaran Malaysia, City serba baharu ini ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Modern Steel Metallic, Alabaster Silver Metallic, Taffeta White, Crystal Black Pearl dan warna baharu yang cukup menarik, Brilliant Sporty Blue Metallic

Harga atas jalan berserta insurans yang ditawarkan ialah RM75,800 (S), RM78,800 (S+), RM83,800 (E) dan RM90,800 (V). Setiap pembelian akan disertakan dengan waranti selama lima tahun dengan pembatuan tanpa had dan penyelenggaraan berselang seli sehingga 10,000km.

Bukan itu sahaja, City serba baharu ini juga didatangkan dengan dua pakej aksesori iaitu Honda’s Genuine Accessories bernilai RM1,700 dan pakej Modulo berharga RM3,200 untuk membolehkan para pelanggan memberikan kelainan pada City mereka










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mofisa 20-3-2014 06:01 PM
Toyota Vios boleh la berundur sikit.
The game changer sudah mari !
Quote AdamBillionaire 20-3-2014 06:04 PM
lawa mesti preve cemburu buta nanti..
Quote mofisa 20-3-2014 06:07 PM




Quote mikoodette 20-3-2014 10:48 PM
cantik... hurm......
Quote kgdangar 20-3-2014 11:26 PM
blakang dh lawa....depan pulak slack ....
adoi x jadi nk rembat sebijik

Quote ejai601 21-3-2014 09:21 AM
boleh tahan.....
Quote shielammb 21-3-2014 03:03 PM
Kalau tak silap model ni disc brake belakang mcm dah tak ada ajer..
Quote flarengirl 21-3-2014 06:06 PM
wah cantikkkkkkkkkkkkk!!!
Quote palmolive 21-3-2014 10:43 PM
tayar spare ada x?
Quote mr.december 22-3-2014 11:41 PM
Bg aku depan new city agak slack sikit dengan besi penghadang tu..
Quote ifanonline 23-3-2014 08:28 AM
spec wise tak bleh lawan suprima S
Quote mofisa 27-3-2014 02:57 PM
suprima S kalah satu je. reliability.
Quote cutebaby5907 27-3-2014 04:29 PM
berkocak2 jiwa aku
Quote im_cyclist 28-3-2014 01:36 PM
Rembat lah ape lg korg.
Aku tgk mmg lawa,satu je xde.
Padle shift. Sbb tu aku syg cty aku.
Quote adamma 31-3-2014 01:51 PM
dashboard city day cantik... dashboard civic je mash kurg menarik
Quote ra5101 1-4-2014 09:56 AM
City sesapa yang tinggi jadi penumpang mau terantuk kat siling.
Quote kuriboh 2-4-2014 10:49 PM
E dan V varian mmg terbaik spec yang dorang bagi ...

yang both lower spec tu ..... emmmmmm baraiiiiii!
Quote assaffah 10-4-2014 08:37 PM
Siapa yg dah beli buatlah personal review kat sini
Quote adnil 17-4-2014 10:46 AM
rege govt approved... kl idak below 70k tu aku dgr!!

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053239 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top