CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Thailand Tamat Darurat

24-3-2014 10:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2411| Komen: 3



Thailand tamat darurat

BANGKOK - Kerajaan Thailand, semalam memutuskan untuk menamatkan perintah darurat yang dikuatkuasakan di sini dan kawasan sekitarnya sejak hampir dua bulan lalu.

Menurut AFP, kabinet menarik balik perintah tersebut berikut penurunan mendadak jumlah penunjuk perasaan antikerajaan yang menyertai protes Bangkok Shutdown di sekitar ibu negara.

Susulan daripada keputusan itu, Setiausaha Agung Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra memaklumkan undang-undang khas, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan menggantikan perintah tersebut bermula hari ini.

"Ia akan berkuatkuasa sehingga 30 April depan. Di bawah peraturan tersebut, pihak berkuasa masih diberi kuasa untuk menghalang tunjuk perasaan selain mereka boleh menggunakan teknik kawalan rusuhan bagi menjaga keselamatan,"kata Suranand Vejjajiva.     

Difahamkan, penarikan semula perintah darurat itu juga bertujuan untuk memulihkan semula iklim ekonomi dan persekitaran perniagaan terutamanya sektor pelancongan yang terjejas sejak beberapa bulan lalu.

Krisis politik yang meruncing di negara itu telah meragut 23 nyawa manakala ratusan lagi cedera sejak November lalu.

Kesahihan pilihan raya Thailand terjawab

BANGKOK - THAILAND. Mahkamah Perlembagaan Thailand akan memutuskan kesahihan pilihan raya umum selepas beberapa kawasan mengundi gagal melaksanakan proses pemilihan akibat bantahan penunjuk perasaan, bulan lalu.

Menurut DPA, stesen televisyen tempatan melaporkan, hakim akan membuat keputusan tersebut pada Jumaat ini, selepas mendengar keterangan plaintif dan defendan mewakili Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra.

Menurut aduan dikemukakan, ketiadaan pengundi di 28 daripada 375 daerah menjadikan keputusan keseluruhan pilihan raya tersebut tidak sah.

Difahamkan, proses pemilihan terbabit juga tidak dapat dijalankan seperti biasa kerana tiada calon mendaftar di kawasan mengundi tersebut berikutan dihalang kumpulan penunjuk perasaan.

Susulan daripada itu, kemenangan parti Pheu Thai pimpinan Yingluck mungkin boleh dibatalkan kerana mengikut Perlembagaan, pilihan raya umum perlu diadakan secara serentak di seluruh negara.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dunhill. 20-3-2014 12:35 PM
Yingluck boneka thaksin
Quote robotech 20-3-2014 12:39 PM
Dunhill. posted on 20-3-2014 12:35 PM
Yingluck boneka thaksin

Macam Najib boneka Rosmah? Atau Azizah boneka Anwar? Atau Muhkriz boneka Mahathir? Atau Lim Guang Eng boneka Lim Kit Siang?

Jeng jeng jeng
Quote Dunhill. 20-3-2014 12:40 PM
robotech posted on 20-3-2014 12:39 PM
Macam Najib boneka Rosmah? Atau Azizah boneka Anwar? Atau Muhkriz boneka Mahathir? Atau Lim Guang  ...

Nak meratib anwar gak tu..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.314484 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top