CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Persis Model Diselamat Dari Terjun Jambatan P.Pinang!

24-3-2014 10:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14281| Komen: 121

Georgetown: Tekanan perasaan akibat krisis rumah tangga dipercayai punca seorang lelaki nekad cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian di Kilometer 2.2 arah Perai menghala ke bahagian pulau, di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada jam 10.05 malam itu, cubaan lelaki terbabit gagal apabila diselamatkan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Dua (DM2) yang menerima maklumat awam mengenai tindakan lelaki terbabit.

Sumber berkata, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai menunggang motosikal dari Bukit Mertajam menuju ke Jambatan Pulau Pinang dalam keadaan putus asa serta tidak membawa dokumen pengenalan diri.

“Lelaki berkenaan dipercayai mengalami krisis rumah tangga dan kecewa menyebabkan nekad terjun dari atas jambatan sebelum diselamatkan pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa APMM DM2 Kapten Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada bilik operasi mengenai tindakan lelaki berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Sepasukan anggota dengan bot kilat APMM diarahkan keluar untuk tugasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan akhirnya menemui lelaki berkenaan dalam keadaan terapung dan masih sedarkan diri,” katanya. 

LELAKI yang diselamatkan APMM.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 22-3-2014 09:04 AM

LELAKI yang diselamatkan APMM.
Quote berancuk 22-3-2014 09:08 AM
tasty nya body abam tuh @Bedah.Cun
Quote berancuk 22-3-2014 09:09 AM
Ketua Penguat Kuasa APMM DM2 Kapten Maritim Kamaruszaman Abu Hassan

hambik kau kalah nama sultan
Quote eyansss 22-3-2014 09:11 AM
kes pandai dive n berenang ke ni? hehehehe... patah hati tak dapat bunuh diri...
Quote berancuk 22-3-2014 09:13 AM
baharu 27 tahun dah start krisis rumahtangga, apa lah....
Quote faraway1 22-3-2014 09:22 AM
laki sapa lah ni...
Quote kambeng_masam 22-3-2014 09:26 AM
bini psiko manalah yang sampai hati wat jantan lemah akal ni loncat jematan.
Quote TigerFeith 22-3-2014 09:26 AM
berancuk posted on 22-3-2014 09:08 AM
tasty nya body abam tuh  @Bedah.Cun

Krisis rumah tangga... Memang bodoh la bini dia...
Quote berancuk 22-3-2014 09:29 AM
@kueh_kueh ni tasty tak?
Quote rospinki 22-3-2014 09:33 AM
kambeng_masam posted on 22-3-2014 09:26 AM
bini psiko manalah yang sampai hati wat jantan lemah akal ni loncat jematan.

Apani..sapa psycho? Laki yg baghal ni patut bgi psycho je..bru ade akai
Quote mialunar 22-3-2014 09:35 AM
sayangilah nyawa anda
Quote enchikfitz 22-3-2014 09:37 AM
badan not bad. kalau kasi toned sikit, boleh jadi model.

motip bagi komen tips gym tetiber ni??


Quote tongkatwaran75 22-3-2014 09:37 AM
Ahaks...setakat ini takde yg bangkang mcm model...
tak mcm dulu...
Quote digitizer 22-3-2014 09:38 AM
kambeng_masam posted on 22-3-2014 09:26 AM
bini psiko manalah yang sampai hati wat jantan lemah akal ni loncat jematan.

Laki dia yg saiko...sbb dr carik pompuan lain dia lebih sanggup bunuh diri.
Quote noor2 22-3-2014 09:39 AM
tongkatwaran75 posted on 22-3-2014 09:04 AM
LELAKI yang diselamatkan APMM.

kalau dah persis model...awat bunuh diri...senang ja cari perempuan lain kalau frust dgn bini...patutnya
Quote Czaziq 22-3-2014 09:40 AM
iras remy isehak ke?
Quote berancuk 22-3-2014 09:42 AM
enchikfitz posted on 22-3-2014 09:37 AM
badan not bad. kalau kasi toned sikit, boleh jadi model.

motip bagi komen tips gym tetiber ni??

ya, body abam tu not bad

dan kamu ialah personal gym trainer, berapa ya kalau per session?


Quote berancuk 22-3-2014 09:43 AM
Czaziq posted on 22-3-2014 09:40 AM
iras remy isehak ke?

remy ishak bangla itu seterang itu kah?
Quote enchikfitz 22-3-2014 09:47 AM
berancuk posted on 22-3-2014 09:42 AM
ya, body abam tu not bad

dan kamu ialah personal gym trainer, berapa ya kalau per session?

haippp!!! free je asal rajin


Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.130274 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top