Keadaan padang Dataran Merdeka dari tingkat 29, Menara DBKL. KUALA LUMPUR - Warga kota bakal menyaksikan imej Dataran Merdeka yang lebih segar apabila projek naik taraf kawasan itu, terutamanya bahagian padang, dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun depan. Padang Dataran Merdeka yang ditutup bagi proses penanaman semula rumput yang bernilai RM3.8 juta, menjadi antara aspek utama dalam projek berkenaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melantik Syarikat RS Greenmaster (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja-kerja naik taraf padang itu. Menurutnya, ia merangkumi 21 proses kerja termasuk naik taraf sistem saliran air permukaan dan saliran bawah tanah, pemulihan dan penggiatan semula tanah atas, penanaman benih, pembinaan sistem pengairan automatik dan pembekalan sistem pelapik rumput. “Dengan keluasan 15,000 meter persegi, padang Dataran Merdeka akan berwajah baru hasil pembenihan rumput menggunakan jenis Bermuda Hybrid Princess 77, yang mampu bertahan sehingga 20 tahun sekiranya dijaga dengan sempurna. “Pembenihannya kini telah dimulakan dan dalam tempoh 10 hingga 14 hari ia akan mula menghijau hasil 300 kilogram benih yang digunakan,” katanya pada sidang media sempena Majlis Penyemaian Benih, sempena kerja-kerja naik taraf Padang Dataran Merdeka, Jalan Raja, kelmarin. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan DBKL, Datuk Mohd Najib Mohamad dan Pengarah Teknikal RS Greenmaster, R Subramaniam. Terdahulu Ahmad Phesal menyaksikan simbolik proses pembenihan dilakukan pihak RS Greenmaster menerusi jentera khas yang disediakan. 600,000 keping pelindung rumput Dalam pada itu, mengambil kira keperluan memelihara rumput di padang Dataran Merdeka, Ahmad Phesal berkata, mana-mana acara yang melibatkan pembinaan struktur atau penggunaan ruang atas padang secara langsung, akan disyaratkan menggunakan pelindung atau pelapik rumput yang disediakan. Katanya, penggunaan pelapik berkenaan bagi memastikan rumput tidak terjejas apabila ia masih mampu mengalirkan air dan udara menerusi ruang/lubang yang ada. “Sebanyak 600,000 keping pelapik ini disediakan untuk menutup keseluruhan keluasan padang, namun kita akan syaratkan penggunaannya untuk mana-mana bahagian dalam padang yang digunakan sahaja. “Rumput yang dilapik itu masih boleh mendapat cahaya dan air kerana terdapat ruang kecil serta boleh bertahan sekurang-kurangnya lima hari tanpa sebarang masalah,” katanya. Larangan parkir bas pelancong Sementara itu, mengulas berhubung tindakan pemandu bas pelancong yang sering meletakkan bas di tepi jalan berhadapan bangunan Sultan Abdul Samad, beliau berkata, larangan serta-merta telah dikeluarkan kepada pihak berkaitan setelah DBKL menyediakan ruang parkir untuk mereka menunggu pelancong, di Jalan Gereja. Katanya, ini kerana kegagalan pemandu bas mematikan enjin menyebabkan kawasan berkenaan terdedah dengan karbon yang boleh menjejaskan bangunan bersejarah di situ. “Notis telah diberikan tiga bulan lepas, dan memang ada bantahan daripada pihak bas pelancong kerana pada mereka ia untuk kemudahan pelancong. “Namun perkara ini memerlukan kerjasama mereka kerana kita juga terima rungutan pelancong yang tidak dapat mengambil gambar menyeluruh kerana keberadaan bas-bas ini. “Jadi selepas ini, mana-mana pihak yang didapati ingkar, tindakan penguatkuasaan boleh diambil,” katanya.
|
15
Bagus |
13
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
8
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ad_hoc79 posted on 20-3-2014 11:19 AM
aikkk ujung bulan ni ada program purple walk kat dataran. camana tuh
fifie_olin posted on 20-3-2014 11:33 AM
hr2 aku lalu depan dataran ni...x prasan plak tgh renovate...
lucky_peace posted on 20-3-2014 11:48 AM
kedai2 kat bawah tanah dataran tu ade lagi ke? kecik2 dulu parent suke bawak datang ke situ.. time t ...
kecimpret posted on 20-3-2014 11:32 AM
rumput ni mesti jenis berkualiti tahap world!...sampai 4jota harganya
lucky_peace posted on 20-3-2014 05:06 PM
tula... dah lame pon bende tu kan... tahun 1994/ 1995 camtu.. dah 20 tahun dah..
ADVERTISEMENT