CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat Mas Mh114 Dirempuh Kumpulan Itik

24-3-2014 09:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13349| Komen: 94

Pesawat MAS MH114 dirempuh kumpulan itik


NEW DELHI - INDIA. Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.
   
Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.
   
Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.
   
Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).
   
Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu.
   
Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut.
  

"Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.
   
Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.
   
Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu.
   
“Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah.
   
MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat.

Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki.
   
Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu.
   
“Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu.
   
Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990.
   
Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012.
      
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.
   
Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas.
   
Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan.
   
"Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jonkunyit 23-3-2014 09:56 PM
kena mandi bunga la semua kapal terbang malaysia ni
Quote mbhcsf 23-3-2014 09:56 PM
bezanya fakta - cermin hadapan  versus penutup lensa

dan apa langka pihak berkuasa India yg in charge of the airport  untuk mengatasi masalah ini? sebab terdapat 75 kes yg sama , so ?

memanglah pilot tu salah sebab lambat buat laporan  and pihak berkuasa airport ni buat apa untuk atasi maslah ini?
Quote truly 23-3-2014 09:58 PM
Airport ni yang tersangat kuno hehe. Cafe satu pun tak da, ke aku yang tak jumpa cari.
Quote Magika 23-3-2014 10:00 PM
truly posted on 23-3-2014 09:58 PM
Airport ni yang tersangat kuno hehe. Cafe satu pun tak da, ke aku yang tak jumpa cari.

ini main airport di delhi ke>

Quote truly 23-3-2014 10:01 PM
Magika posted on 23-3-2014 10:00 PM
ini main airport di delhi ke>

Eh tak lah, ni kat Nepal ni Kathmandu kan?
Quote Magika 23-3-2014 10:02 PM
truly posted on 23-3-2014 10:01 PM
Eh tak lah, ni kat Nepal ni Kathmandu kan?

oh di nepal ye....
ingatkan delhi sebab berita dari New Delhi...
i ubah tajuk

Quote Anden 23-3-2014 10:03 PM
MAS..ni kena sumpahan rakyat malaysia aku rasa...

Mana taknye..habiskan duit rakyat nak kena bail out MAS beberapa kali..:lol
Quote clarizsa 23-3-2014 10:03 PM
uish seb baik x jd apa apa...
Quote truly 23-3-2014 10:05 PM
Magika posted on 23-3-2014 10:02 PM
oh di nepal ye....
ingatkan delhi sebab berita dari New Delhi...
i ubah tajuk

A ah I got confused tengok tajuk you. TIA ni Kathmandu rasanya hehehe tapi I pun confused jugak nama nama dorang ni.

Airport Kathmandu paling kuno I pernah tengok rasanya. Tapi kesian jugak la, they are poor.
Quote Magika 23-3-2014 10:06 PM
truly posted on 23-3-2014 10:05 PM
A ah I got confused tengok tajuk you. TIA ni Kathmandu rasanya hehehe tapi I pun confused jugak na ...

u buat apa ke nepal?
holiday ke?
panjat everest?
Quote sayawifenikmie 23-3-2014 10:06 PM

haishhhhh ... gamaknya para pilot MAS ni semua pakat2 ketaq lutu sekarang ni ....

langgar burung ni bahaya kan?
Quote wongedandotcom2 23-3-2014 10:07 PM
kena mandi bunga....
Quote stryder_cats 23-3-2014 10:08 PM
Masalah unggas langgar kapal terbang bkn sekali... sepatutnya pihak air port buat sesuatu la
Quote truly 23-3-2014 10:09 PM
Magika posted on 23-3-2014 10:06 PM
u buat apa ke nepal?
holiday ke?
panjat everest?

I gi holiday, new year kat Pokhara. Baru jer new year hari tu. Saja pegi makan food dorang tengok tengok mountains and valleys.

I pegi tu winter, airport sejuk macam ais, tak ada heating. Sampai demam rasanya. Then nak minum minum satu cafe pun tak jumpa, shopping apatah lagi.

Sampai jer KL, fuyoh thankful for civilization hehe. Tak heran la pesawat langgar itik.
Quote matamata 23-3-2014 10:12 PM
Masalah burung kat epot adalah masalah biasa...seluruh dunia pun...kat epot top class pun byk masalah ni...
yg kapal Airbus 320 landing kat Hudson River pun jahanam kedua2 injin sbb "birdstrike" ni lah....
Quote juliez 23-3-2014 10:16 PM

apa je la yg tak pernah di langgar dkt TIA ni..

kami hari tu langgar kelawar

Quote taikor 23-3-2014 10:17 PM
jonkunyit posted on 23-3-2014 09:56 PM
kena mandi bunga la semua kapal terbang malaysia ni

suey betul MAS sekarang ini. dirasuk hantu2 BN punya pasal
Quote Decaffeinated 23-3-2014 10:28 PM
Magika posted on 23-3-2014 10:02 PM
oh di nepal ye....
ingatkan delhi sebab berita dari New Delhi...
i ubah tajuk

Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.

dalam article pun ada tulis Kathmandu...

Quote dino 23-3-2014 10:29 PM
taikor posted on 23-3-2014 10:17 PM
suey betul MAS sekarang ini. dirasuk hantu2 BN punya pasal

isu biasa je... jd luar biasa psl MH370 tgh panas....

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.072042 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top