PERHATIAN Perkhidmatan Monorel RapidKL dihenti dua hari KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Monorel RapidKL akan diberhentikan sementara pada 12 dan 13 April ini untuk kerja-kerja menaik taraf sistem semboyannya. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd., Khairani Mohamed berkata kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan itu akan bermula 12.01 tengah malam pada 12 April hingga 4 pagi, 14 April. Perkhidmatan monorel RapidKL dijangka pulih seperti biasa pada pukul 6 pagi, 14 April, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata penutupan selama 52 jam itu adalah perlu bagi membolehkan ujian tanpa gangguan untuk sistem semboyan baharu itu. Katanya sistem semboyan yang ada sekarang digunakan sejak perkhidmatan monorel mula beroperasi pada 2003. Berikutan penutupan itu, perkhidmatan bas pengantara khas akan disediakan berhampiran dengan semua stesen monorel untuk memudahkan pengguna pergi ke destinasi yang terletak di sepanjang laluan perkhidmatan itu. Tambang sebanyak RM1 dikenakan bagi penumpang untuk setiap perjalanan. Pengguna boleh mendapatkan butiran terkini di laman web rasmi RapidKL di www.mtrapid.com.my atau di laman facebook RapidKL agtau melalui twitter RapidKL di @MyRapidKL.
|
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 12:07 PM
biasanye semboyan di tiup tanda berperang..
so dekat malaysia semboyan kita terletak pada mo ...
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 12:07 PM
biasanye semboyan di tiup tanda berperang..
so dekat malaysia semboyan kita terletak pada mo ...
kluangman posted on 20-3-2014 12:56 PM
Semboyan maksudnya Semboyan telah berbunyi menuju medan bakti.
Semboyan dalam konteks ini ialah ...
duniaku85 posted on 20-3-2014 01:40 PM
kira setiap kali jalan..setiap kali semboyan tu bunyi ke..muahaha..mcm bunyi kentut tren eh
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 01:51 PM
berani kau naik kl monorel..
adam xberani.. rela naik lrt dan bertapak..
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 01:51 PM
berani kau naik kl monorel..
adam xberani.. rela naik lrt dan bertapak..
dino posted on 20-3-2014 01:56 PM
perasaan ko je adam.... aku suka thrill mcm naik roller coaster...
duniaku85 posted on 20-3-2014 01:56 PM
mmg cuak klau naik..sbb cermin tgkap dia besar..nak2 time dia lap..mmg seriau..tp best pe..cuma tr ...
ADVERTISEMENT