Mitsubishi Pajero Sport V6 telah pun dilancarkan di Indonesia Jika minggu lalu Malaysia menerima kehadiran barisan baharu Mitsubishi Triton , negara jiran kita, Indonesia turut melancarkan model dari jenama yang sama iaitu Mitsubishi Pajero Sport V6. Ia merupakan varian ke-enam bagi Pajero Sport yang telah dilancarkan di Indonesia dan merupakan model pertama yang dijanakan oleh enjin petrol. Dikuasakan oleh enjin 6B31 3.0 liter V6, jentera ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 220 PS pada 6,250 rpm dan tork 281 Nm pada 4,000 rpm. Dipadankan dengan kotak gear automatik INVECS-II lima kelajuan, Pajero Sport V6 ini turut menampilkan mod pemanduan Sport. Walau bagaimana pun jentera ini hanya didatangkan dengan varian 4×2 sahaja untuk pasaran Indonesia. Ditawarkan pada harga Rp. 481,000,000 (RM137,854), the Pajero Sport V6 ini mensasarkan penjualan sebanyak 150 unit sebulan.
|
ADVERTISEMENT