CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Demi keampuhan anu manusia, buaya ganas dibunuh agar dpt zakarnya !

6-9-2012 10:33 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9466| Komen: 14


CULA atau zakar buaya dianggap mujarab bagi mengatasi masalah lemah syahwat.

KUCHING - Percaya atau tidak, cula atau zakar buaya dipercayai oleh sesetengah pihak di negeri ini sebagai dapat mengubati pelbagai penyakit termasuk lemah tenaga batin.

Perkara itu diakui oleh pawang buaya terkenal Sarawak, Indet Sanabong, 49, yang mendakwa telah berjaya mengembalikan kekuatan batin lebih 50 lelaki dengan menggunakan cula reptilia berkenaan. Dia menceritakan, kaedah perubatan tradisional itu juga didakwa terbukti mujarab merawat penyakit seperti asma, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, lelah dan sengal-sengal tulang.


"Ada orang dapat memulihkan masalah mati pucuk dengan memakan sup cula buaya dengan ginseng," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.




Tinjauan Kosmo! ke Pasar Serikin, kira-kira 70 kilometer dari sini, baru-baru ini mendapati cula buaya dijual secara terbuka pada setiap hujung minggu.
Seorang peniaga yang dikenali sebagai Pak Pong, berkata, satu cula buaya tembaga dijual pada harga RM80 sehingga RM250.


Bagaimanapun, warga Indonesia itu mengakui ia satu kesalahan kerana buaya merupakan spesies terlindung di bawah Ordinan Hidupan Liar Terlindung Sarawak 1995.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 6-9-2012 07:07 AM
mati boya kerna cula nya...

Quote MissNigga 6-9-2012 07:18 AM
... pelik ner bentuk tote boye nieeeeeeeeeeeee....
kalo dah menegang, cam ner ler bentuknya erk....
Quote batmana 6-9-2012 07:28 AM
kalu dari segi islam
bole ke pakai benda ni?
Quote gekkou 6-9-2012 07:57 AM
baru aku tau
klu dah satu kesalahan klu still buat
x amik tindakan kah?
siap kua paper bagai nieh?

x de la mahal bebenor regenya ye
Quote AHMADVW 6-9-2012 08:04 AM
boya gombak blm ditangkap lagi
Quote sok_suci 6-9-2012 08:30 AM
habislah boya sume tukar jadi boya ponen
Quote kelat 6-9-2012 08:42 AM
batmana posted on 6-9-2012 07:28 AM
kalu dari segi islam
bole ke pakai benda ni?

biasanya bukan utk dimakan tapi dibuat minyak urut bagi yg lemah tenaga batin
Quote Kebabomb 6-9-2012 08:44 AM
Sepatutnya boya darat yang harus di tangkap dan di copot culanya....
Quote tongkatwaran75 6-9-2012 09:44 AM
kelat posted on 6-9-2012 08:42 AM
biasanya bukan utk dimakan tapi dibuat minyak urut bagi yg lemah tenaga batin
Ada orang dapat memulihkan masalah mati pucuk dengan memakan sup cula buaya dengan ginseng,
yg power tu ginseng bukan cula...
makan camnie yg haram...

Quote taji2906 6-9-2012 09:48 AM
abis pupus la boya pasni.... yg jantan abis kena amik culanya..
silap2 boya pun ada LGBT.... puiiii
Quote kokocrunch 6-9-2012 10:04 AM
mcm tue rupanya cula boya
Quote Darien_Fawkes 6-9-2012 05:27 PM
"Mati semut kerana Gula,
Mati Buaya kerana Culanya"
Quote robotech 6-9-2012 07:10 PM
Cuma geng2 pawang buaya kat hulu2 je masih tangkap buaya cara old-skool. Skrg senang je, pakai timbang kati beli cula buaya jantan kat ladang buaya di Sarawak nun, diambil dari buaya2 yang dah mati disembelih kerana untuk eksport kulit.

Ofkos, tokey Cina ladang buaya pun kaut duit gak selain eksport kulit buaya, dia jual cula kat sinseh & pawang pulak, & daging buaya ada dijual gak.

Pandai wat duit. Banyak gak pawang2 maleh nak menangkap buaya kat sungai2 bergadai nyawa, lebih baik beli kat ladang buaya je.
Quote ultra78 6-9-2012 07:25 PM
karut marut sungguh makan zakar binatang utk pulihkan zakar sendiri

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.162985 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top