Mayat dihantar ke hospital berhampiran untuk bedah siasat. Gambar kecil: Mugunthan. KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kesan tikaman dan tetakan di leher serta pergelangan tangannya hampir putus, dipercayai dibunuh di depan sebuah hotel berhampiran Pasar Seni, di sini, malam kelmarin. Ketika kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berasal dari Mantin, Negeri Sembilan itu dikenali sebagai, M Mugunthan, 28, ditemui terbaring berlumuran darah di depan kaki lima hotel berkenaan oleh orang awam. Menurut sumber, siasatan awal rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki dipercayai suspek datang dari arah stesen bas berhampiran, sebelum menyerang mangsa dari belakang. “Suspek dipercayai memakai topi keledar, berjaket warna biru muda dan berseluar jean biru,” katanya. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya tidak menemui senjata yang digunakan suspek di lokasi kejadian. “Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian sedang disiasat. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya. Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil menyalurkannya di balai polis berhampiran. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat
|
8
Bagus |
11
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rheafly posted on 19-3-2014 01:55 PM
aku tak hairan kalau puak2 dorng ni kena bunuh... kena potong... kena tetak,
sebabnya dlm citer2 ta ...
rheafly: aku tak hairan kalau puak2 dorng ni kena bunuh... kena potong... kena tetak,sebabnya dlm citer2 tamil mengajar dorng utk wat cam tu.....
ADVERTISEMENT