CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bayi Melecur Akibat Alahan Ubat Meninggal Dunia

18-3-2014 05:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18315| Komen: 128










Bayi melecur akibat alahan ubat meninggal dunia

ALOR SETAR: Bayi berusia sembilan bulan yangmelecur seluruh badan dipercayai akibat alahan ubatyang diberi oleh sebuah klinik swasta pada 16 Feb lalu meninggal dunia hari ni.

Muhammad Nasrullah Khairul Nizam meninggal dunia pada pukul 1.25 pagi tadi selepas 10 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak dimasukkan ke HSB pada 5 Mac lalu.

Bapanya, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, berkata anaknya itu disahkan meninggal dunia akibat 'Sepsis Secondary To Infected Severe Atopic Eczema' (jangkitan kuman dalam darah) atau penyakit radang seluruh badan yang membawa maut disebabkan oleh jangkitan yang teruk.

"Selepas mendapatkan rawatan di HSB pada 25 Feb lalu, keadaan dia semakin pulih dan pada 5 Mac lalu, Ketua Puteri UMNO Kulim-Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd Noor telah membantu kami membawa dia ke Kedah Medical Centre (KMC) bagi mendengar pandangan daripada doktor pakar kulit di situ.

"Selepas diperiksa, doktor di KMC menyuruh kami membawa dia ke HSB semula kerana sudah mempunyai rekod pemeriksaan di sana. Apabila dibawa ke HSB semula, dia ditahan di dalam ICU selama 10 hari sebelum meninggal dunia pagi tadi," katanya kepada pemberita di kampung Kuala Bangka, Kota Sarang Semut di sini.

Khairul Nizam berkata pada Sabtu lalu doktor telah memberitahunya dan isteri bahawa peluang untuk bayi mereka hidup hanya 50/50.

"Pada pukul 11 malam semalam, keadaan dia semakin lemah dan sekitar pukul 12 pagi, doktor memberitahu bahawa jantung anak saya terhenti sementara sebelum mereka berjaya memberikan bantuan oksigen tetapi sejam kemudian keadaan semakin kritikal dan akhirnya disahkan meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Khairul Nizam berkata dia akan berbincang dengan anggota keluarganya sama ada ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik swasta yang telah menyebabkan kematian anaknya.

Isterinya Nur Shazira Mohd Salleh, 23, berkata sebelum Muhammad Nasrullah meninggal dunia, dia berasa tidak sedap hati ditambah pula melihat berat badan anaknya turun mendadak daripada 9.6 kilogram kepada 6. 3 kilogram dalam tempoh 10 hari.

"Tiga hari kebelakangan ini hati saya tidak sedap kerana saya lihat perubahan dia semakin letih dan tidak mahu minum susu seperti sebelum ini. Tapi dia tidak menangis kesakitan dan hanya merenung wajah saya.

"Saya tidak dapat bersama dengan dia sepanjang dia berada di dalam ICU. Saya hanya dapat memegang semasa menyusukan dia dan kali terakhir saya melihat dia pada pukul 1 pagi sebelum dia meninggal dunia 25 minit kemudian," katanya.

Jenazah Muhammad Nasrullah dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Permatang Buluh di sini pada pukul 9 pagi tadi.

Pada 16 Feb lalu, badan bayi itu didapati mula melecur dan bertukar menjadi kehitaman selepas beberapa hari menggunakan ubat makan dan sapu yang diberi sebuah klinik swasta di sini ketika mendapatkan rawatan akibat ruam sebelumdibawa ke HSB untuk rawatan lanjut.

7

Bagus
4

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ip_lepat 17-3-2014 11:47 PM
al fatihah..
Quote alieyrina 17-3-2014 11:49 PM
Xpaham..bukan salah doktor? Mohon explen sbb aku x sanggup nak baca..x sanggup nak ingat pasai ni pun ...x sanggup xmau ingat

sekurang2 nya aku lega baby ni x menderita lagi..Allah pinjamkan dia sat saja ke dunia ni  ..

Quote mak_wa95 17-3-2014 11:52 PM
Takziah....saman jangan xsaman...minta bantuan puteri..
Quote poyohabis 17-3-2014 11:52 PM
Al fatihah.,, sian baby ni
Quote bfemmamaembong 17-3-2014 11:53 PM
ramai doktor yg tk reti prescribe ubat..main bagi je...
Quote slavehunter 17-3-2014 11:55 PM
Innalilah...sedih nye..sedangkan kita terluka skit pun dah sakit..inikan pula baby ni...
Quote lorelai 17-3-2014 11:55 PM
alieyrina posted on 17-3-2014 03:49 PM
Xpaham..bukan salah doktor? Mohon explen sbb aku x sanggup nak baca..x sanggup nak ingat pasai ni pu ...

aah sedey.
ingatkan dia da discaj..

ooo baby ni alami alahan ubat krim dan sapu. jadi kulit dia melepuh disebabkan alahan pada krim ni..
ramai lah yg marah pada doktor swasta ni..

tp i rasa kalau dia tahu la baby ni allergy..dia pon takkan prescribe
Quote munchkin 17-3-2014 11:56 PM
takziah. masalahnya selalu ada guessing game. bila kena infection main taram bagi antibiotik. pastu tak sembuh, tukar antibiotik, tak sembuh lagi tukar dan tukar dan tukar. sampai orang dah separuh nyawa. nasib baik, sembuh. nasib kurang baik sepsis seperti bayi ni. you have 48 hours window to treat. lebih dari tu kalau tak diizinkan, fatal. sebab simple, tak mahu buat lab test. oh ye bukan sebarang cakap, terjadi pada kenalan pakcik saya. dia dah lemah nasib baik antibiotik terakhir tu berkesan. 5 kali tukar antibiotik.

saya tak labelkan semua ya. ada je doktor yang teliti. tengok keadaan tengok nasib.  

Quote razhar 17-3-2014 11:58 PM
atas sebab itu..klinik2 ni sepatut nya hanya diagnosis je..yang bagi ubat biar serah kar pharmacy....
Quote lorelai 17-3-2014 11:59 PM
semua orang ada tindak balas berbeza2 terhadap ubat...

mcm ada orang allergy kat udang...ada orang allergy kat telor
ada gak orang allergy kat sperma laki dia..

sbb baby ni kecil..allergy history dia maybe sikit..
so bila nampak merah2 atau ubat x seswai..kna cepat2 ke klinik tu balek dan inform

semoga public lebih sedar dan belajar pasal benda2 ni

tp seriusli sidih..baby ni meninggal..
Quote MissNigga 18-3-2014 12:00 AM
... sorga menanti mu nak...
Quote lorelai 18-3-2014 12:03 AM
razhar posted on 17-3-2014 03:58 PM
atas sebab itu..klinik2 ni sepatut nya hanya diagnosis je..yang bagi ubat biar serah kar pharmacy... ...

insya Allah x lama lg..

tp ada je kes farmasi main treat kes2 kencing manis sampai 4 medications.. tak monitor renal function dan liver function...

dia yang penting, semua kna maen peranan...



Quote lorelai 18-3-2014 12:07 AM
Allergy

An allergy is a hypersensitivity disorder of the immune system.[1] Allergic reactions occur when a person's immune system reacts to normally harmless substances in the environment. A substance that causes a reaction is called an allergen. These reactions are acquired, predictable, and rapid. Allergy is one of four forms of hypersensitivity and is formally called type I (or immediate) hypersensitivity. Allergic reactions are distinctive because of excessive activation of certain white blood cells called mast cells and basophils by a type of antibody called Immunoglobulin E (IgE). This reaction results in an inflammatory response which can range from uncomfortable to dangerous.
Mild allergies like hay fever are very common in the human population and cause symptoms such as red eyes, itchiness, and runny nose, eczema, hives, or an asthma attack. Allergies can play a major role in conditions such as asthma. In some people, severe allergies to environmental or dietary allergens or to medication may result in life-threatening reactions called anaphylaxis. Food allergies, and reactions to the venom of stinging insects such as wasps and bees are often associated with these severe reactions.[2] Not all reactions or intolerances are forms of allergy.[3]
A variety of tests exist to diagnose allergic conditions. If done they should be ordered and interpreted in light of a person's history of exposure as many positive test results do not mean a clinically significant allergy.[4] Tests include placing possible allergens on the skin and looking for a reaction such as swelling and blood tests to look for an allergen-specific IgE.
Treatments for allergies include avoiding known allergens, steroids that modify the immune system in general, and medications such as antihistamines and decongestants which reduce symptoms. Many of these medications are taken by mouth, although epinephrine, which is used to treat anaphylactic reactions, is injected. Immunotherapy uses injected allergens to desensitize the body's response.
Quote rawahah 18-3-2014 12:18 AM
sedihnya bila baca baby tu tenung mata mak dia.. mcmana la hati mak dia nak tanggung.. Allah je yg tahu.. walaupun sedih, tapi hati aku rasa lega sebab penderitaan baby tu dah berakhir dan dia sedang bergembira di alam sana..
Quote lorelai 18-3-2014 12:20 AM
rawahah posted on 17-3-2014 04:18 PM
sedihnya bila baca baby tu tenung mata mak dia.. mcmana la hati mak dia nak tanggung.. Allah je yg t ...

aku sedey baca berat dia turun dari 9kg ke 6kg..mmg menitik air mata aku..
huhuhu

semoga dia menjadi tiket pada ibu dan ayahnya untuk ke syurga
Quote mystica 18-3-2014 12:30 AM
sedih sgt tgk gambar the baby..takutnya. maybe next time dpt ubat from doctor letak sikit2 duluu tgk sesuai tak.

dulu aku gi klinik. doktor kata aku stress dgn kerja. she said dia pun stress gak. nurse dia bagi salah ubat dkt patient.


my niece ada eczema. pegi klinik kulit, ubat tak sesuai or maybe too strong sampai ke seluruh muka melarat n seluruh badan. kesian dia. terus mak dia stop bagi ubat tu n pegi hospital baru gradually ok.



Quote Idelgo 18-3-2014 05:29 AM
takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Quote noor2 18-3-2014 05:50 AM
ya allah siksanya anak ni....
innalillah...
Quote ailoveusomuch 18-3-2014 06:48 AM
Baby ni Allah pinjamkan kejap kat parents dia, sekejap je Dia dah ambil semula. Semoga parents baby ni redha

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.052373 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top