Menurut laman web www.bharian.com.my, Dewan Rakyat telah dimaklumkan mengenai kereta hibrid Proton yang bakal dikeluarkan akhir tahun ini. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri berkata namun begitu, status membabitkan pengeluaran dan jualan kepada umum hanya akan dimaklumkan kemudian. Prototaip kereta tersebut telah siap dibangunkan Proton dan ia adalah satu kemajuan dalam industri automotif negara. Kereta elektrik Proton masih dalam fasa pembangunan dan menepati sasaran untuk dikeluarkan pada akhir 2015. * Saya mendapat info mengenai model Prevé hibrid yang menggunakan kod nama Prevé Maoira bakal memasuki fasa produksi pada penghujung tahun dan mungkin dilancarkan pada awal tahun 2015. Model ini dikatakan bakal menggunakan motor dan bateri keluaran DB Capital. Nantikan spyshots dan info selanjutnya!
|
ADVERTISEMENT