Register Login
CARI Infonet Return home

chit_ana's space https://b.cari.com.my/?614100 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Mengubati sakitnya putus cinta

Hot 1Viewed 1163 times10-5-2013 03:11 PM

Ketahuilah bahawa…



Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

***p/s:memang mudah berkata bagi yang tak pernah merasa,
tp mudah juga bagi yang dah melalui jika penyerahan dan penggantungan hati mereka sepenuhnya kepada ALLAH,
Hanya yang SABAR dan TENANG mampu menghiasi kedukaan hidup dari kegagalan.
perkara menjadi lebih indah jika HATI Ikhlas menerima ujianNYA dengan Redha dan Bersyukur.

ana pernah rasa derita itu,

ALHAMDULILLAH.. semuanya pulih berkat dari keakuran diri.kembali kepadaNYA. Hanya MengingatiNYA jiwa menjadi TENTERAM dan LAPANG.

Dan buat rakan2... membenci, menghina dan apa2 yang sewaktu dengannya itu semua hanya merugikan diri kita sebenarnya,
paling baik, jika diri mampu menjadi yang terbaik dari sebelum, ubah persepsi diri INSYAALLAH, secara tak langsung,
diri juga mampu untuk menerima apa yang berada disekeliling.

Wallahua'lam.

Allother author's recent blogs

Leave a comment Comments (1 Comment)

Reply anaktoyol 17-5-2013 03:54 PM
Been there..done that...serah segala nya kepada Allah..Time will heal the wounds..

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.031840 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top