Register Login
CARI Infonet Return home

chit_ana's space https://b.cari.com.my/?614100 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

salah siapa?

Hot 5Viewed 1153 times16-9-2012 09:44 PM

ana pernah tertanya-tanya pada tiga situasi???

pertama, Kenapa ada ibu dengan ayah seorang yang beramal soleh dapat anak yang bermasalah sosial???
kedua, Kenapa pulak ibu dengan ayah yang tidak pernah solat tapi mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah???

ketiga, semakin mudah kemudahan mendapat agama, Kenapa kita semakin leka?

salah siapa? punca? apa cara pendidikan yang terbaik untuk remaja zaman sekarang?
sekadar perkongsian pendapat

Leave a comment Comments (6 Comment)

Reply Jejaka88 16-9-2012 11:12 PM
pasal kelahiran anak ....senang jer..dalam lagu raihan...~~iman tak dapat di warisi..dari seorang ayah yg bertaqwa, ia tak dapat di jual beli ia tiada di tepian pandai ~~

punca nya adalah mereka belajar tapi tak amal kan ilmu...adapun amal kan ilmu tapi tak ikhalas
Reply chit_ana 17-9-2012 10:03 AM
Jejaka88: pasal kelahiran anak ....senang jer..dalam lagu raihan...~~iman tak dapat di warisi..dari seorang ayah yg bertaqwa, ia tak dapat di jual beli ia tiada ...
setuju,iman mmg xdpt diwarisi  
Reply qriecy 18-9-2012 12:42 PM
1. yg pertama kata jejak betul. iman tak dapat diwarisi.
2. iman amal solleh , taqwa itu  hanya Allah yang tahu. nilaian iman taqwa itu yang dipandang manusia dari segi luaran hanya andaian saja. yang lebih mengetahui adalah Allah s.w.t.
3. Kenapa pulak ibu dengan ayah yang tidak pernah solat tapi mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah???   - Besar kemungkinan Allah masih memberi peluang untuk ibu bapa ini bertaubat. dan melalui anak2 ini petunjuk/hidayah itu akan diberi.
4. Kenapa ada ibu dengan ayah seorang yang beramal soleh dapat anak yang bermasalah sosial??? - penah dgr ayat Al quran.. maaf saya x tau sgt ayat yg complete to lebih kurang bunyi dia.. apa benar kau sudah beriman tanpa diberi ujian. Mana mungkin dikata beriman klu Allah x beri ujian kerana ujian itu kifarah dosa dan  melalui ujian saja iman seseorang itu ditingkatkan. Kadang2 anak2 yg bermasalah ini akan bertaubat dan akan jadi lebih baik. Kita jangan lihat dimana kita bermula..kita melihat mana kita berakhir. sesungguhnya pengakhiran itu lebih baik dari permulaan. moga anak yg bermasalah itu akan bertaubat dan menjadi soleh/solehah.
5. semakin mudah kemudahan mendapat agama, Kenapa kita semakin leka? - semakin juga banyak kemudahan yang melekakan.. umpamamnya solat .. tapi setelah abis solat.. main angry birds sementara tunggu waktu isyak.. kenapa x berzikir.  itu salah satu agenda yahudi juga..ataupun sebenarnya kelemahan diri kita. kita x mengutamakan sesuatu yang seharusnya. kita utamakan dunia tanpa kita sedari. kita takut bos marah sebab keja x siap. hakikatnya bos marah atau tidak .. Allah yang menentukan. sesungguhnya klu kita cukup perkara asas terutamanya solat yg sempurna.. Allah akan membantu kita. Allah dah kata.. klu kita mengutamana dunia busy x beribadat, Allah akan lambakkan segala urusan dunia untuk kita lupa  beribadat tapi klu kita utamakan Allah.. solat on time.. insyaallah Allah akan permudahkan urusan dunia kita.  

ini sekadar dari kerangka ilmu saya yang x seberapa . klu ada salah mohon tegur. ini utk panduan saya dan juga rakan2 jika ada kebaikan didalam nya. Wallahualam.
Reply syaiful 18-9-2012 04:58 PM
antara sebab seseorang itu masuk syurga adalah apabila ia diberi ujian & ia sabar dan redha..
antara sebab lain pula ialah apabila ia diberi nikmat & ia bersyukur..
Reply manganini 21-9-2012 04:08 PM
syaiful: antara sebab seseorang itu masuk syurga adalah apabila ia diberi ujian & ia sabar dan redha..
antara sebab lain pula ialah apabila ia diberi nikmat ...
nak sangat tergolong dalam golongan ni..
Reply Sonumonu91 24-5-2019 05:49 PM
Hey thanks for sharing this knowledgeable article, I have an article for you just from here http://changeringtoneinwindows10mobile.com learn to change ringtone in windows 10 pc in easy steps.

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.030383 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top