Register Login
CARI Infonet Return home

Digital_Dakwah's space https://b.cari.com.my/?2165558 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Panduan dan Hikmah Solat-solat Sunat

Hot 2Viewed 438 times31-1-2018 03:52 PM |Personal category:Cara dan Hikmah

Penerangan tentang hikmah & ganjaran serta cara praktikal yang mudah di fahami bagi kesempurnaan untuk mengerjakan Solat-Solat Sunat.

• SOLAT JENAZAH
• SOLAT HARI RAYA PUASA / HAJI
• SOLAT GERHANA MATAHARI / BULAN
• SOLAT ISTISQA' (MOHON HUJAN)
• SOLAT TERAWIH (QIAM RAMADAN)
• SOLAT RAWATIB (10 SOLAT)
• SOLAT WITIR
• SOLAT MALAM (QIYAMULLAIL)
• SOLAT TAHAJUD
• SOLAT DHUHA
• SOLAT TAHIYATUL MASJID
• SOLAT ISTIKHARAH
• SOLAT TASBIH
• SOLAT TAUBAT
• SOLAT HAJAT
• SOLAT SYUKUR

Oleh: Hj Mohd Jajuli Abd Rahman (Imam, Masjid Dewan Bahasa & Pustaka, KL)
SOLAT-SOLAT SUNAT HIKMAH DAN CARA (VIDEO)

Penjelasan Rigkas
credit: Shahmuzir

Solat sunat dikerjakan sebagai solat tambahan kepada solat-solat fardhu.  Pada Hari Kiamat, ia dapat menampal kekurangan yang mungkin ada pada solat fardhu seseorang mukmin.  Justeru, tidak sepatutnya kita mengabaikannya begitu sahaja, sedangkan ia dapat memanfaatkan kita ketika timbangan amal dihisab kelak.

Secara ringkasnya terdapat beberapa jenis solat sunat yang thabit dari amalan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Di dalam kitab Al-Fiqhul Manhaji `ala madzhab al-Imam asy-Syafi`i telah dibahagikan solat-solat sunat tersebut kepada dua (2) bahagian besar bagi memudahkan kefahaman kita bersama, iaitu:

Solat sunat yang dikerjakan secara tidak berjemaah.
Solat sunat yang dikerjakan secara berjemaah.

1.  Solat Sunat Yang Dikerjakan Secara TIDAK BERJEMAAH
Solat sunat yang dikerjakan secara tidak berjemaah boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu:

Solat sunat yang mengiringi solat-solat fardhu.  Dipanggil juga sebagai Solat Sunat Rawatib.
Solat sunat yang tidak mengiringi solat-solat fardhu.
1 (a)  Solat Sunat Yang Mengiringi Solat Fardhu
Bagi Solat Sunat Rawatib, terdapat dua pembahagian iaitu yang Muakkad dan yang Tidak Muakkad.  Pembahagian secara ringkas adalah seperti berikut:

Muakkad (Amat digalakkan untuk kita kerjakannya)
2 rakaat sebelum Subuh
2 rakaat sebelum Zuhur
2 rakaat selepas Zuhur
2 rakaat selepas Maghrib
2 rakaat selepas Isyak
Tidak Muakkad
2 rakaat sebelum Zuhur (tambahan 2 rakaat)
2 rakaat selepas Zuhur (tambahan 2 rakaat)
4 rakaat sebelum Asar (2 salam)
2 rakaat sebelum Maghrib
2 rakaat sebelum Isyak
1 (b)  Solat Sunat Yang TIDAK Mengiringi Solat Fardhu
Manakala bagi solat sunat yang tidak mengiringi solat-solat fardhu pula boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

Ada nama dan waktu tertentu:
Solat Sunat Tahiyyatul masjid
Solat Sunat Witir
Qiamullail (dinamakan tahajjud jika dilakukan selepas tidur)
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Istikharah
Tiada nama khusus dan tiada waktu tertentu.  Solat ini dipanggil Solat Sunat Mutlak.
2.  Solat Sunat Yang Dikerjakan secara BERJEMAAH
Bagi solat-solat sunat yang dikerjakan secara berjemaah, berikut adalah jenis-jenisnya:

Solat Sunat Hari Raya iaitu `Eidul Fitri dan `Eidul Adha
Solat Sunat Tarawih
Solat Sunat Gerhana Matahari / Bulan
Solat Sunat Istisqa’ (minta hujan)

Leave a comment Comments (2 Comment)

Reply Thanos123@ 14-6-2019 07:45 PM
Looking the batter site here http://solitairetimes.com for the more enjoyments just follow and seen the latest free solitaire games without download play.
Reply Simmons34 18-9-2019 06:02 PM
thank you for sharing http://freexboxlivegold.codes

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.033963 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top