Register Login
CARI Infonet Return home

9M-MMK's space https://b.cari.com.my/?2145914 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Tinggal lagi setahun...

Viewed 164 times29-6-2015 08:31 AM |Personal category:Pengalaman

Kalau tiada aral yang melintang, tahun depan saya akan meninggalkan benua Amerika ini dan bertugas semula di ibupejabat. Hampir 10 tahun saya berkelana dan merantau mengutip pengalaman di rantau orang. Pelbagai kerenah manusia saya temui. Ada juga yang mesra di depan tapi menikam di belakang. Namun itu hanya golongan minoriti. Majoritinya ikhlas dalam persahabatan. Falsafah saya mudah, saya akan cuba berbuat yang terbaik. Saya sedar bukan mudah memenuhi setiap kehendak orang. 

Saya bertuah kerana diberi peluang merasai pelbagai jenis kehidupan.  Menyelami budaya Asia yang mementingkan kesantunan keluarga di Korea. Budaya Arab yang mengutamakan tetamu di Sudan serta budaya kekebasan bersuara di Amerika dan Kanada. Setiap satunya adalah unik. Keunikan itulah yang menjadikan semua bangsa dan budaya itu hebat. Benarlah seperti firman Allah di dalam Surah Al-Hujrat ayat 13 dimana manusia diciptakan pelbagai bangsa dan bersuku puak. Hikmahnya agar kita berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama yang lain. Dan orang yang paling mulia ialah orang yang lebih bertaqwa, bukannya kerana dia tergolong dalam satu bangsa tertentu. 

Comments (0 Comment)

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037391 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top