Salam. Boleh saya bertanya mengenai geran rumah jika cik sudi bantu.
Arwah suami ada unit apartment di Shah Alam atas namanya. Saya telah kepejabat tanah untuk buat carian rasmi. Tetapi, pejabat tanah inginkan nombor geran. Salinan geran memang tak ada dalam simpanan saya. Dimana saya boleh dapatkan salinan geran? Terima kasih atas bantuan cik.