Register Login
CARI Infonet Return home

Augustine_sham's space https://b.cari.com.my/?2023122 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Pandu Dengan Cermat!!! ( M12 )

Viewed 345 times18-3-2014 11:18 AM

Kejadian yang hendak saya ceritakan ini terjadi bukan seminggu, sebulan atau setahun yang lalu. Tetapi semalam. Saya memang minat mencari hantu. Saya ni dikenali di kalangan kawan2 sebagai Ghostbuster.

Semalam, seperti biasa, saya pergi mencari hantu, atau umum mengetahui sebagai istilah "Ghosthunting". Saya ke tempat2 yang biasa saya dengar ada benda2 aneh tetapi tak jumpa apa2 pun. Tetapi dalam perjalanan pulang, saya melalui jalan Upper Thomson Road untuk ke Sembawang, tempat tinggal saya. Dalam perjalanan pulang di Upper Thomson Road, antara simpang Yio Chu Kang dan jalan susur ke SLE, saya dikejutkan oleh sesuatu kejadian yang aneh.

Ketika itu, cuma saya yang ada di jalanraya itu. Ada sebuah kereta lagi di belakang saya tapi agak jauh sedikit. KC, tempat ini memang terkenal dengan benda2 halus. Dulu kakak saya pernah bersua dengan orang minyak ketika sedang menunggu bas di situ, perhentian bas berhadapan dengan "Teachers' Estate". Memang kalau saya lalu di situ, saya akan selalu memandu dengan perlahan. Tempat ini memang selalu ada kemalangan yang aneh2. Kereta atau motor selalu terbabas. Masuk longkang atau terlanggar pokok. 

Kejadian semalam, ketika saya memandu pulang, saya terperasan di semak-samun di sebelah kanan saya bergoyang2. Saya perlahankan kereta saya sambil memandangkan semak-samun itu. Lalu keluar sebiji batu yang besar. Besar yang tak terhingga!!! Menyeberang jalan raya yang sedang saya lalu itu. Saya berhenti sambil memandang batu itu menyeberang jalan. Saya ingat cuma saya saja yang nampak, tapi kereta yang berada di belakang saya tadi pun berhenti di sebelah saya. Pemandunya seorang yang dah berumur dan berbangsa Tionghua, menurunkan tingkap keretanya dan bertanya kepada saya, " Did you see what I saw?" Saya cakap, "I saw it too..." 

Sedang kami berbual, batu yang besar tadi masuk ke dalam semak-samun di sebelah Lower Pierce. Kami hanya dapat melihat dan lepas tu, kami pandu macam biasa. Cuma ingin saya nasihatkan mereka yang memandu atau menunggang, kalau lalu di tempat tu, kalau tiada kenderaan lain, pandulah dengan perlahan supaya dapat mengelak atau berhenti sekiranya terdapat benda2 yang tak diingini berlalu di situ. Sekian dan selamat memandu.

Yang Benar,

Ghostbuster

Comments (0 Comment)

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.031934 second(s), 18 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top