Register Login
CariDotMy Return home

Komplot12's space https://b.cari.com.my/?2005637 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Bace ni sebelom Outstation

Hot 1Viewed 544 times28-1-2014 02:31 AM |Personal category:tips merantau| tips, merantau, melancong, polis, cctv

Tips Pencegahan Jenayah Pecah Rumah 

****************************************


Persediaan balik kampung perlu dilihat dalam berbagai aspek keselamatan, berikut adalah tip pencegahan jenayah pecah rumah yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia:

Bila kes pecah rumah sering berlaku?

1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:

1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.

Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untuk mengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung, terutamanya ketika musim perayaan.

Sebarang masalah kecemasan, sila hubungi talian terus PDRM yang beroperasi 24 jam:

1. Bukit Aman 03-20319999 / 03-22663333
2. Selangor 03-20529999
3. Kuala Lumpur 03-21460585
4. Perlis 04-9711999
5. Kedah 04-7392999
6. Pulau Pinang 04-2691999
7. Perak 05-2401999
8. Negeri Sembilan 06-7619999
9. Melaka 06-2851999
10. Johor 07-2212999
11. Pahang 09-5151999
12. Terengganu 09-6270499
13. Kelantan 09-7455555
14 . Sarawak 082-240800
15. Sabah 088-450470
16. Labuan 087-412575

Untuk maklumat lanjut berkenaan langkah-langkah pencegahan jenayah, sila layari laman web PDRM di www.rmp.gov.my dan facebook PDRM di www.facebook.com/polisdirajamalaysia.

Sumber: PDRM

Jangan lupa downlod “Borang Balik Kampung” di sini dan serahkah kepada balai polis yang berhampiran di kediaman anda.

************************************************
ATAU HUBUNGI KAMI


[Kami Pakar CCTV, Alarm dan Autogate]

Kepakaran kedaicctv.com adalah membantu menjadi online bodyguard 24jam untuk anda dan juga keluarga, dengan memasang cctv, alarm dan access sistem seperti autogate, door access dan fingerprint.

+Pakej 4 cctv rm1980,
+Pakej 10 point alarm rm1380
+Pakej Arm Autogate rm1380.
+Dapatkan discount 10%.

Pm nama, email dan no tel pada sy sekarang !!!

Ke 011-1993 3424(Ammar)

Leave a comment Comments (1 Comment)

Reply intriQue 28-1-2014 09:03 AM
Good tips! TQ

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.033215 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top