Register Login
CARI Infonet Return home

Hootoh Tudia https://b.cari.com.my/?1897692 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS] Freedom is the reason behind everything and freedom is what drives everybody to Hootoh Tudia

Blogs

Audit 2012 - Seni Mempertahankan Harga Diri

Hot 5Viewed 809 times4-10-2013 02:07 AM |Personal category:Isu| audit 2012, Senjata Api, Polis

Helah Bela Diri - Seni Mempertahankan Harga Diri. Audit Negara 2012 Senjata Api Polis dilaporkan Hilang. Teknik yang kerap digunakan untuk mempertahankan harga diri seseorang yang mampu mempertahankan segala desakkan dan kutukan yang Angkuh dan Ego. Variasi yang pelbagai menjadikan Helah Bela Diri umpama Seni Mempertahankan Harga Diri yang bersifat sementara dan pengecut. Sekadar menangguh sesuatu desakkan pada helah dan alasan yang lucu dan bodoh. Seni Mempertahankan Harga Diri - Helah Bela Diri mempunyai dua Teknik sahaja, iaitu memutar belitkan kenyataan atau menyangkal tampa menggunakan akal.

Helah bela diri merujuk kepada proses psikologi yang bertujuan mengawal ketidakupayaan dan penderitaan Ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal Id dengan sempurna
— Schultz (1993)

Audit Negara 2012 Senjata Api Polis dilaporkan Hilang Laporan Ketua Audit Negara 2012 Senjata Api Polis yang dilaporkan hilang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yakin tidak membahayakan negara dan tidak perlu dikhuatiri rakyat Malaysia.

Seni Mempertahankan Harga Diri
Spongebob kini memiliki Rifle

Kehilangan ini tak semestinya jatuh kepada penjenayah, boleh jadi jatuh waktu atas bot dalam laut, boleh jadi jatuh dalam air dan tak ada orang yang dapat memilikinya
— Tan Sri Khalid Abu Bakar - Ketua Polis Negara
Jumlah Sebenar Senjata Api yang Hilang Sejumlah 37 Senjata api yang hilang seperti nyatakan oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar didapati berbeza dengan angka yang digariskan dalam laporan Audit. Laporan Audit Negara 2012 menyebut bahawa polis kehilangan 44 Senjata api, 156 gari dan 29 kenderaan. Berapakah jumlah Sebenar Senjata Api yang hilang atau terjatuh dalam air laut yang sebetulnya. Berlakunya perbezaan bilangan, menjadikan drama semakin menarik

Umpama Hilangkan Buku di Perpustakaan Rupa-rupanya perbezaan bilangan senjata api yang hilang itu adalah kerana tujuh pucuk daripada yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2012 telah berjaya ditemui semula. Polis yang bersalah menghilangkan senjata api tersebut bukan setakat kena marah aje, malah diminta membayar kos senjata yang dihilangkan. Ia seperti Murid sekolah yang menghilangkan buku yang dipinjam di perpustakaan, perlu membayar harga buku yang dihilangkan, Umpama Hilangkan Buku di Perpustakaan Sekolah. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar nilai terkumpul dari pembayaran senjata yang dihilangkan setakat ini adalah sebanyak RM197,984. Bercukurlah Malaysia masih Aman. Begitu kisahnya, buat kita cemas aje. Lain kali bagi la laporan awal pada Ketua Audit Negara.

Hilangkan Buku Perpustakaan
Denda Hilangkan Buku di Perpustakaan

Bercukurlah Malaysia masih Aman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama berkata pihak kementerian sudah memberikan penjelasan kepada Jabatan Audit Negara berhubung kehilangan barangan tersebut. Namun jelasnya, ia tidak sempat dimasukkan ke dalam laporan itu sewaktu ia dicetak. Oh, rupa-rupanya tidak sempat dimasukkan ke dalam laporan.. patutlah. Lagipun, Hal Senjata Api aje yang hilang pun.. remeh aje. Lihatlah bertapa pentingnya Seni Mempertahankan Harga Diri - Bercukurlah Malaysia masih Aman. Senjata Api Polis dilaporkan Hilang Merujuk Yahoo News.

Sumber: Seni Mempertahankan Harga Diri
Hootoh Blog By Hootoh Tudia

Leave a comment Comments (5 Comment)

Reply Malik098 23-6-2018 07:02 PM
This game is only meant for the enjoyment and people of every age will get full entertainment and you will enjoy very much while playing this http://pinochle.online/ i have visited many website unable to find such quality content pinochle and create the best score to choose the amazing card forever i sure you like it
Reply telape 24-6-2018 05:37 AM
Also, you can win a offers on the food items like burgers, sandwiches, and much more after filling the https://mybk-experience.info/ mybkexperience survey feedback form. So Hurry up, grab the opportunity and win the best offers on your favorite food.
Reply elisawisegm 18-10-2018 04:32 PM
Your article is detailed, thanks to it I solved the problem I am entangled. I will regularly follow your writers and visit this site daily.
https://www.geometrydash.me
Reply zatarus 8-5-2019 06:28 PM
http://www.hotmail-com-ve.com/
Reply goalken 28-8-2019 05:23 PM
Your share is the great knowledge I have gathered, you are an important person I admire, thank you http://run-3.online

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.102921 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top