Register Login
CARI Infonet Return home

Hootoh Tudia https://b.cari.com.my/?1897692 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS] Freedom is the reason behind everything and freedom is what drives everybody to Hootoh Tudia

Blogs

Hukum Tutup Cemin bila ada Jenazah.

Hot 6Viewed 2016 times11-2-2013 12:39 AM |Personal category:Hukum Agama| Hukum, Amalan

Hukum Tutup Cemin bila ada Jenazah. Tidakkah pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada didalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tandatanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja. Namun, bila melihatkan amalan metutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas. Apa Hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didlam rumah. Berikut ialah maklumat yang diambil dari entri Hukum Amalan Tutup Cemin Bila ada Jenazah. Wallahu’alam bissawab 


hukum agama tutup cermin jenazah kematian

Hukum Menutup Cermin Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah
Assalamualaikum ustaz,
Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.
Terima kasih.

Bismillahi wal hamdulillah,
Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut, setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.


والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right

Tuhan, Tolong Jangan Matikan Aku
الفاتح untuk Allahyarhamah Farah Farhanah yang telah kembali ke Rahmatullah pada Petang 26 RabiulAwal 1434 H

Sumber: Hukum Tutup Cemin Bila ada Jenazah
Hootoh Blog By Hootoh Tudia

Leave a comment Comments (7 Comment)

Reply QziraH 11-2-2013 03:40 PM
haha keluarga belah mama sy buat tp sy buat dunno jew.haha karut jew smua..ada lg 1 kaum 2.diaorg x leh mandi n bersikat jika mayat stil ada kat uma.hoho sma2 busuk dgn myat hahahaha
Reply hanizainol 13-2-2013 02:41 PM
ni first time dengar..
Reply Anorexia 14-2-2013 12:37 AM
satu lagi tutup gambar si mati dekat rumah
Reply hootohtudia 14-2-2013 01:53 AM
Ini pun kebetulan ada saudara meninggal baru-baru ni.
Reply sasukekun89 14-2-2013 12:31 PM
ade lg kepercayaan karut lain. letak gunting kat mayat. tak ingat letak ktne.atas badan ke,bawah bantal.
Reply ben_j 14-2-2013 06:47 PM
br tau ada benda ni
Reply tintabiru73 15-2-2013 09:54 AM
Sila betulkan. Ustazpun kadang2 terkhilaf.
Untuk si mati perempuan dan lelaki kita gunakan ALLAHYARHAM sahaja.
Tiada perkataan jama' (plural) untuk Allahyarham sebab mati kita sekali sahaja.
Pembaca berita TV3 aku tengok dah betul. Tapi kadang2 pemberita RTM masih keliru guna penambahan Allahyarhammah untuk si mati perempuan.
Wallahu'alam

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.038923 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top